
PEMILIK PROTON X50 MENGADU BATERI KONG DUA KALI DALAM TEMPOH TIGA BULAN
Satu hantaran di kumpulan Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM) menarik perhatian ramai apabila seorang pemilik Proton X50 mengalami kehabisan bateri sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan.
“Pertama kali flat, hantar SC Cyberjaya untuk recharged kerana prosedur katanya,” memetik kenyataan pemilik di kumpulan Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM).
“Pagi ni kena, symptom 3 hari lepas window driver side tak boleh buka. Memang dah appointment nak hantar hari ni, tapi flat dulu,”

Tambahnya lagi, dia turut bimbang kerana tidak mempunyai kereta lain.
“Kos takde kereta untuk dua kali ni dah melebihi kos bateri baru. Kereta Masih di SC, bila dah petang call, call dah tak dapat nak tanya update.
“Takut tak dapat balik raya je ni. Nak tukar sendiri bateri baru pun SC cakap nanti ada problem lain. Masalah bateri je pun tapi susahnya la hai,” luahnya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pernah menerima nasib sama bahkan ada yang mencadangkan untuk menukar sendiri bateri.
“Memang boleh tukar bateri sendiri. Dah tau ada masalah recall je la semua. Kenapa nak tunggu complaint baru nak tukar. Masalahnya duit masa terbuang,” komen ahli kumpulan berkenaan.
“Sama seperti saya, kali kedua hantar service kat Kampung Melayu Subang, esoknya window side driver tak boleh buka. Hari ketiga semua lampu out. Rasa menyesal hantar servis.”
Komen lain, “Solutionnya minta SC tukar bateri, bukan recharge. Bateri masa keluar kilang memang out.”
Untuk rekod, pada 27 Mac 2023, bahagian teknikal Proton telah mengeluarkan memorandum penggantian bateri Camel X50 tanpa proses pengecasan semula. – Facebook Proton X50 Community Malaysia
- BACA: CERMIN PROTON X50 BERALUN – PEMILIK BARU DAPAT KERETA TIGA MINGGU
- BACA: DJ RADIO AFRIKA SELATAN KAGUM DENGAN PROTON X50. NETIZEN MALAYSIA BERBALAH PULA
- BACA: PROLINTAS TAHAN PEMANDU PROTON X50 ELAK BAYAR TOL 23 KALI. ADA TUNGGAKAN RM57.50
- BACA: KENAPA ENJIN PROTON X50 & PROTON X70 BERBUNYI BISING? ENJIN KANCIL PUN BISING