Buletin

PROTON X90 SUDAH TERIMA LEBIH 1,000 TEMPAHAN AWAL, LANCAR 7 MEI

Semenjak tempahan awal SUV terbaru keluaran Proton iaitu X90 pada 10 April lepas, sebanyak 1000 unit tempahan awal sudah diterima oleh Proton sehingga pada hari ini. Walaubagaimanapun pihak Proton masih tidak mendedahkan anggaran harga dan juga varian mana yang menerima tempahan paling tinggi.

Bakal dilancarkan pada 7 Mei 2023 nanti, Proton X90 akan dijual dalam 4 varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan varian paling tinggi dinamakan sebagai Flagship. Kesemua varian akan dikuasakan dengan sistem hibrid ringan 48 volt BSG dan juga menerima enjin 1500cc 3 silinder.

Gandingan trenkuasa ini menghasilkan 188 kuasa kuda dan 300Nm tork dengan kesemua kuasa dihantar ke roda depan menerusi transmisi 7 kelajuan klac berkembar. Hanya varian Flagship sahaja menerima susunan kusyen 6 tempat duduk manakala 3 varian lain akan hadir dengan susunan kusyen 7 tempat duduk.

Apa yang istimewa berkenaan dengan cesi Proton X90 ialah, bagi pasaran Malaysia ia akan datang dengan suspensi Multilink pada bahagian belakang. Bagi pasaran Filipina, ia dijual dengan suspensi torsion beam sahaja

Walaupun tiada harga rasmi buat masa ini, tekaan paling hampir untuk harga permulaan Proton X90 ialah RM 135,000 bagi varian Standard dan varian Flagship pula menjangkau sekitar RM 155,000. Proton X90 merupakan tawaran menarik daripada Proton bagi sebuah SUV besar 6/7 tempat duduk yang luas dan besar

Google ads
Back to top button