" "
Pandu Uji

TOYOTA VIOS 1.5G 2023, HARGA NAIK RM8000 TAPI BERBALOI SANGAT

Semasa memandu uji Toyota Vios di Langkawi bulan lepas, tempoh masa yang diberi sebenarnya terhad. Jadi untuk raya kali ni, penulis mengambil kesempatan untk memandu uji Vios 2023 sekali lagi ambil sekali lagi. Kali ni 14 tempoh masa ialah 14 hari, digunakan untuk balik kampung dengan 4 penmpang sama seperti yang dilakukan oleh pemandu yang normal

Selepas 14 hari, ini yang kami boleh perhatikan apa Vios lagi best dengan harga naik sampai RM8000 berbanding dengan model lama iaitu Toyota Vios versi facelift 2021.

1. Rekaan luar- there is no wrong or right dalam rekaan baru Vios. Bagi saya agak neutral, Vios baru ni nampak lagi sporti dari model lama. Cuma penulis kurang berkenan dengan rear canard warna hitam yang tiada fungsi di bahagian belakang

Yang lain semua cun, terutama dengan rim 17 inci yang hampir sama dengan rim Altis. Memang kena dengan tambahan vortex generator atau air curtain kat depan serta air splitter di bahagian bawah bampar depan

2. Toyota Vios 2021 menggnkan lampu depan LED tapi dengan reflektor. Model baru 2023 dinaiktaraf dengan lampu projektor LED serta auto high beam yang cukup sensitif dan terang. Pengelap cermin depan juga dipasang dengan ciri penghidup automatik

3. Selain rim 17 inci (lebar 205mm), model 1.5G yang baru ini menggunakan tayar Continental Premium Contact 6 berbanding dengan model lama yang menggunakan rim 16 inci (lebar 195mm) dengan tayar Toyo Proxes. Dari segi performance, Conti ni jauh lagi sedap berbanding Toyo

4. Di bahagian belakang, lampu isyarat membelok menggunakan lampu running light, ruang kargo 475 liter kecil sedikit berbanding dengan model lama yg hampir 500 liter. Tayar gantian kecemasan memang tiada, jadi ruang tayar simpanan dijadikan ruang simpanan tambahan

5. Cesi Vios baru ini menggunakan platform DNGA B, sama seperti Alza D27A. Ini perubahan kami perhatikan apabila Vios menggunakan platform baru:

5.1 jarak antara roda bertambah sebanyak 70mm, menjadi 2620mm, menjadikan ruang penumpang belakang lebih luas walaupun dipasang dengan kerusi bayi. Bagi model lama, penumpang depan tidak boleh duduk dengan selesa dan perlu duduk tegak jika kerusi bayi dipasang

5.2 Rekaan perehat tangan lebih baik, ia ditolak ke depan dan memberikan lebih ruang untuk penumpang belakang selain dipasang dengan corong penyaman udara belakang serta 2 poin USB

5.3 tambahan hump atau bonggol tengah dan melintang ni memang sengaja ditambah, jadi platform jadi lagi rigid atau tegar tanpa perlu dipasang dengan komponen pengukuhan cesi yang lain. Bagi ruang kaki tambahan, rekaan “kink” dibuat bagi memberikan ruang penumpang belakang

5.4 Terdapat braces atau pendakap di belakang kusyen belakang, khas untuk mengukuhkan cesi di bahagian belakang. Jadi kusyen belakang tak boleh dilipat 60:40

5.5 tanpa tayar simpanan dan dengan diet, platform Vios 2023 jadi lagi ringan sekitar 110kg berbanding model lama menjadi 1035kg saja

5.6 Jadi tiada masalah kalau enjin 1.5 hanya menghasilkan 104.5hp dan 138Nm saja dan digandingkan dengan transmisi Dual Mode CVT. Mengikut pemerhatian penulis, enjin ini akan bekerja pada RPM yang lebih tinggi berbanding dengan model lama sebanyak 200 RPM. Sebagai contoh, pada 140km/jam, meter menunjukan 2500 RPM bagi model lama dan menjadi 2700 RPM bagi model baru

6. Dengan kos extra RM 8000, anda mendapat sistem multimedia dengan sambunganAndroid Auto/Apple Car Play tanpa wayar, ciri auto hold, brek parkir elektrik, USB charger biasa dan type c, kamera 360 darjah lg terang, dan stering teleskopik

7. Aspek keselamatan juga dinaiktaraf seperti brek AEB menjadi lagi sensitif, ditambah dengan Lane Departure Prevention, Front Departure Alert, Pedal Missoperation System dan adaptive cruise control. Cuma ACC Vios 2023 tidak secekap seperti yang dipasang pada Camry

8. Dari segi ergonomik, postur kusyen depan Vios baru lagi sedap dari lama. Belakang dan bahu tidak terasa cepat lenguh kecuali lepas 3 jam memandu. Kusyen belakang terasa lebih luas, cuma postur kusyen Vios 2021 lebih selesa tapi sempit untuk 3 penumpang

9. Cuma Vios tetap sebuah Vios, 104hp ni tak banyak mana pun kecuali anda pandai bermain dengan gear dan paddleshift. Kalau malas nak main gear, butang POWER perli ditekan semasa memotong. Baru Vios rasa ringan sewaktu memecut

10. Semasa mendaki di laluan berbukit Grik-Jeli, kekurangan kuasa ni ditutup dengan ciri Paddleshift. Ciri ini memang digunakan oleh penulis dengan maksima. Cuma gear Dual Mode CVT ni ada perangai tersendiri, dimana gear cepat upshift (bertukar ke gear tinggi) kalau kita tidak mengunakan paddle shift dalam masa beberapa saat

Keadaan ini menjadi kurang best sebab jalan berbukit yang kita perlu daki masih tinggi lagi, apabila upshift maka pecutan yang terhasil akan berkurang . Bagi mengatasi masalah ini, penulis menukar gear ke Sport Mode dan mengawal pertukaran gear sepenuhnya secara manual dengan paddleshift

Satu lagi perangai Dual Mode CVT ini ialah fenomena jerking terutama pada low speed ketika memandu keluar dari kawasan perumahan. Dah macam kena demam kura dah rasanya bila berlaku. Tapi unit Dual Mode CVT pada Vios ini masih ok berbanding yang ada pada Myvi/Ativa/Alza Axia, jerking adalah sangat kurang kecuali kita sengaja mencari jerking tu masa memandu

11. Berikut ialah apa yang saya dapat perhatikan apabila memand Vios menggunakan platform baru

11.1 Pengendalian lagi best, kurang body roll masa selekoh. Dekat selekoh tajam tue berani lagi tekan smpai 100km/jam. Malah di lebuh raya, ia masih mampu mengambil selekoh pada halaju tinggi dengan hanya menurunkan satu gear sahaja

11.2 apabila melalui jalan tak rata, cesi DNGA terasa lebih solid dan seketul. Gegaran kurang rasa pada kusyen depan dan juga belakang

11.3 ratio steering telah diperbaiki dan terasa lagi cepat respon banding model lama. Jadi apabila digabungkan dengan cesi yang solid, memang sedap memotong di laluan mendaki berkembar di selekoh dengan bahagian belakang terasa lebih kemas

11.4 brek belakang menggunakan brek cakera, terasa terlalu sensitif bagi pemandu yang tidak biasa. Tapi bagi penulis keadaan ini bagus sebab terasa brek respon cepat. Keadaan ini membenarkan penulis melakukan late braking di laluan lurus dengan yakin sebelum membelok masuk ke selekoh

12. Penggunaan petrol lebih kurang 16.5km/liter dengan 2 orang dewasa, 2 kanak kanak ribena, 2 kerusi bayi, barang penuh kat belakang (sebab blk raya, penyapu pun bini bawak), dengan halaju purata antara 80-110km/jam serta laju maksimum 130km/jam

Dalam bandar atau pemanduan dekat, angka ini akan jadi sekitar 13-14km per liter, dan semasa memandu uji Vios ni, odometer baru sahaja mencecah 2000km. Anda boleh jangka yang lebih banyak penjimatan antara 10-20% selepas 10,000km. Angka rasmi 19.23km/liter daripada Toyota adalah munasabah dan boleh dicapai

13. NVH – lebih bags berbanding dengan model lama disebabkan penggunaan platform baru, selain kurang bergegar kat jalan tak rata, stering juga kurang bergetar apabila engine dalam keadaan melahu. Platform baru ni lebih senyap sewaktu dipandu disebabkan penambahan bahan kedap bunyi serta foam yang disuntik pada cesi.

14. Apa yang kurang best- cermin pandang belakang ditukar daripada electrochromic kepada cermin biasa, tiada perehat tangan untuk kusyen belakang, ruang glove box menjadi semakin kecil dan paling kurang disukai oleh penulis ialah ketiadaan tayar simpanan kecemasan

Jadi berbaloi atau tidak – pada hari ini selepas dunia reda dengan isu COVID-19, kebanyakan produk mulai dijual dengan kenaikan harga termasuklah kereta. Namun dengan kenaikan sekitar RM 8000 bagi model Vios 2023 1.5G jika dibandingkan dengan model lama, kami rasa kenaikan tersebut adalah wajar apatah lagi lebih banyak teknologi keselamatan diperkenalkan pada Vios

Berbanding dengan pesaingnya yang lain, Toyota Vios akan menang dari segi rekaan, keselesaan, pengendalian, keseronokan memandu dan kos pemilikan.

Google ads
Back to top button