Buletin

RASMI: APRILIA SR GT 200 KINI HANYA RM15,900 

DIDI Group selaku pengedar eksklusif motosikal Aprilia di Malaysia dengan rasminya mengumumkan kembalinya skuter popular, SR GT 200 Sport bagi tahun 2026. 

Menariknya, SR GT 200 Sport itu kini ditawarkan pada harga hanya RM15,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Harga baharu ini secara langsung menyaksikan lebih ramai yang mampu mendapatkan skuter idaman mereka masing-masing. Untuk rekod, ketika diperkenalkan di Malaysia pada 2023, SR GT 200 ditawarkan pada harga RM19,000 manakala varian Replica pula dijual dengan harga RM20,900.

Antara ciri utama ditawarkan pada SR GT 200 Sport ini termasuk enjin i-Get 174cc yang berkuasa dan mampu menjana 17.3hp pada 8,500rpm dan 16.5Nm. 

Google ads
Back to top button