
RASMI: BENDA NAPOLEONBOB 250 KINI DI MALAYSIA – RM20,888
Peminat motosikal gaya retro kini disajikan dengan model serba baharu untuk pasaran Malaysia menerusi BENDA Napoleonbob 250 yang boleh didapati dengan harga RM20,888.

Motosikal jenis bobber itu bukan sahaja tampil dengan reka bentuk yang mencuri tumpuan malah turut menawarkan sistem suspensi unik di bahagian depan.
Atas kertas, Napoleonbob 250 dikuasakan enjin V-Twin 249cc SOHC yang berupaya menjana 25.5hp pada 9,000rpm dan 25Nm pada 5,500rpm.

Operasi gear dikendalikan transmisi 6-kelajuan dengan bantuan ‘slipper clutch’. BENDA mendakwa Napoleonbob mampu mencapai kelajuan maksima 129km/j namun dengan keupayaan rakyat Malaysia kami yakin motosikal ini mampu pergi lebih laju.

Antara kelengkapan lain ditawarkan:
- panel meter TFT dengan paparan digital
- rim 18-inci depan dan belakang
- ABS dwi-saluran
- traction control
- tangki bahan api 9.5L
Pelancaran Napoleonbob 250 menyaksikan tawaran motosikal BENDA terus berkembang di Malaysia oleh MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi disini.
GALERI: BENDA NAPOLEONBOB 250













 
				







