
PROTON X50 SERBA BAHARU CATAT 5,000 TEMPAHAN DALAM MASA 10 HARI
Model SUV popular negara kini kembali dengan wajah dan semangat baharu dan sambutan daripada rakyat Malaysia tidak mengecewakan.
Sejak pembukaan tempahan pada 5 Julai, PROTON telah menerima 5,000 tempahan untuk X50 Serba Baharu hanya dalam tempoh 10 hari, mencerminkan minat tinggi terhadap model baharu ini. Secara purata, satu tempahan dibuat setiap tiga minit!
Kejayaan ini turut didorong oleh jelajah prapelancaran di seluruh negara yang mempamerkan model X50 terkini di lokasi-lokasi tumpuan.

Pelancaran Rasmi Bertemakan Gaya Hidup pada 24 Julai
PROTON X50 baharu akan dilancarkan secara rasmi pada malam 24 Julai di sebuah lokasi berkonsep gaya hidup, selari dengan imej dinamik dan progresif yang ditampilkan oleh SUV ini.
Selain pengumuman harga, acara pelancaran turut dijangka menyajikan pengalaman menarik kepada pengunjung.
Teknologi Baharu, Reka Bentuk Lebih Segar
X50 Serba Baharu kini hadir dengan pelbagai peningkatan, antaranya:
- Reka bentuk luaran dan dalaman yang diperbaharui
- Sistem Bantuan Pemandu ADAS Tahap 2 yang dinaik taraf
- Enjin baharu 1.5L i-GT TD dengan kuasa 181PS dan tork 290Nm
- Transmisi klac berkembar DCT 7-kelajuan
- Pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.6 saat, 0.3 saat lebih laju berbanding model terdahulu
- Penjimatan bahan api sebanyak 4.7%
- Infotainmen baharu dengan skrin 14.6-inci
- Fungsi pengiktirafan suara dalam Bahasa Melayu – satu ciri pertama di dalam kelasnya
- Model ini ditawarkan dalam tiga varian utama: Executive, Premium dan Flagship.

Hanya Tinggal 5,000 Slot Untuk Tawaran Istimewa
PROTON hanya menyediakan 10,000 slot bagi pelanggan yang membuat tempahan awal dan dengan 5,000 daripadanya sudah diambil, baki peluang semakin terhad.
Pelanggan yang membuat tempahan awal layak menerima PAKEJ READY TO ROAR yang merangkumi:
- Rebat tunai sebanyak RM1,000
- Kad Touch ‘n Go edisi khas
- Tawaran eksklusif GEMPAK! (akan diumumkan ketika pelancaran rasmi)
Sesi pandu uji untuk model baharu ini akan bermula di bilik pameran PROTON seluruh negara pada 19 Julai, membolehkan pembeli merasai sendiri kehebatan X50 generasi baharu.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran minat, layari laman web rasmi PROTON dan pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi antara yang terawal memiliki X50 Serba Baharu.
- BACA: BYD SEAL BERASAP BERPUNCA DARIPADA GIGITAN HAIWAN, BUKAN MASALAH TEKNIKAL
- BACA: MG UMUM MG4 2025 DENGAN BATERI SEMI-SOLID – JARAK GERAK 537KM, DEBUT 5 OGOS
- BACA: REKAAN PINTU KECEMASAN BANGANG, LELAKI MATI RENTUNG
- BACA: BMW R 1300 R TITAN, PELUMBA PECUT MOTORRAD DENGAN ‘MAKJUN KUAT’ – ADA NOS KAU


