Artikel Pilihan

REALITI HIDUP SEORANG SALESMAN KERETA…

Status ini dikongsikan oleh saudara Hafizi Norizan. Ini adalah realiti hidup seorang jurujual kereta. Ya. Kadang-kadang nampak “besar” bila anda dengar komisen salesmen jual sebuah kereta boleh dapat sampai RM1500 (contoh).

Namun ramai yang tak sedar, kebanyakan salesmen mempunyai gaji asas yang rendah. Malah ada yang tak ada gaji asas pun, 100 peratus bergantung pada komisen.

Dengan komisen ini lah mereka gunakan untuk kos berulang alik ke bank, JPJ, ke rumah customer, isi minyak kereta bila deliver dan hadiah-hadiah yang nak menarik pelanggan.

Tapi banyak yang akhirnya “makan hati” dengan sikap pelanggan yang tak ada limit nak tekan salesmen sampai kalau boleh, spendar salesmen pun nak digadainya.

…………………………………………………………..

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Selama aku bergelumang dalam dunia salesman kereta ni macam-macam karenah manusia aku ‘hadap’. Wife beli kereta laki mintak broker fees. Driver mintak broker fees sebab boss die beli kereta. Lepas deliver tetiba muncul salesman entah mana dtg claim broker fee. Customer kaki pau sampai londeh spender, salesman bingai buang habis sebab nak fight dengan competitor & sebagainya.

‘Market’ zaman sekarang ni bab ‘buang’ harga, ‘buang’ free gift, ‘buang’ comm sampai terlondeh spender dah jadi mainan biasa. Persoalan ;
1. Siapa yang mulakan?
2. Nak ‘buang’ banyak mana?
3. Nak ‘buang’ sampai bila?
4. Siapa yang untung?

Ok lah aku rumuskan ringkasan ‘circle’ hidup majoriti salesman di M’sia.
BASIC GAJI – RM1,000
OVERTIME – ❌
BONUS – ❌
Yearly Increament – ❌
Komisyen/kereta – RM1,000 (anggaran)

Situasi Salesman A
1 month – 3 kereta
RM4,000 – Total income 
– RM1k – Broker fees
– Rm150 – Full tank
– Rm600 – tinted
– RM450 – Smart Tag
– RM100 – payung & keychain
BALANCE RM1,700.00 gaji nett sebulan

Aku nak tanya kalau wujud SALESMAN A ni brapa lama dia akan jadi salesman?? Baik keje 7e, McD lagi banyak boleh dapat. 
Aku bangkitkan hal ni bukan disebabkan duit semata-mata. Aku nampak market jualan kereta ni dah macam CANCER STAGE 4 yang anytime akan rebah.

Bagia aku ni bukan salah customer semata. Salesman, customer & dealer semua bersalah. Salesman buang comm, dealer buang margin, customer perah sampai kering. End up result yg dapat;
1. Salesman pokai
2. Dealer rugi
3. Customer dapat servis sucks

Mesti ada yang tanya kenapa pulak customer dapat servis sucks? Hoi bang dah ko perah sampai kering then salesman buat kerja tanpa rela ko rasa salesman tu happy ke? Ko ingat relation ni akan sampai ke anak cucu dia jaga ko? Aku confirm keluar je showroom concept yg digunapakai. ‘Get ur car & key fuck off now’. Maaf aku memang agak kasar bila berbahasa. Nak tau kenapa? Sebab ni la bahasa yg selalu keluar bila settlekan kes customer kaki perah.

WAHAI SALESMAN & CUSTOMER SILA BERFIKIR SECARA WARAS

-Fizi-

KREDIT: HAFIZI NORIZAN

Google ads
Back to top button