Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA PUSAT 3S TERBESAR DI TERENGGANU

Syarikat Tan Eng Ann Sdn. Bhd. (Syarikat Tan Eng Ann), sebuah pengedar Honda di Terengganu telah membuka pusat 3S paling besar di negeri tersebut demi memberi kemudahan dan servis yang efisien kepada semua pelanggannya di Pantai Timur. Kerjasama di antara Syarikat Tan Eng Ann dengan Honda bermula sejak tahun 1975 lagi.

batch_Honda-3S-Centre-Terengganu-mekanika2

Syarikat Tan Eng Ann telah berpindah ke tanah seluas 2.5 ekar dengan bangunan berkeluasan 30,572 kaki persegi. Ia menempatkan aspek jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung.

Sebanyak RM18 juta telah dilabur untuk memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan. Pusat 3S ini memiliki 18 ruang servis yang boleh memuatkan sehingga 80 buah kenderaan sehari. Ia juga menyediakan lounge pelanggan, wifi percuma, pembaharuan cukai jalan dan insurans, sudut kanak-kanak serta surau.

batch_Honda-3S-Centre-Terengganu-mekanika1

Analisis jualan Honda Malaysia menunjukkan bahawa kenderaan Honda, terutama City mendapat sambutan hangat di kawasan Pantai Timur. Terengganu menyumbang 19 peratus kepada jualan Honda Malaysia untuk wilayah itu dari Januari hingga Ogos 2016.

“Sejak lima tahun lalu, jualan kami di Pantai Timur telah meningkat daripada 180 unit dari Januari hingga Ogos 2011 kepada lebih 4,500 unit utuk tempoh sama tahun ini,

“Pengambilan servis juga hampir 50,800 unit, peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu. Bagi memenuhi keperluan pelanggan, adalah penting untuk Syarikat Tan Eng Ann mempunyai kemudahan lebih besar,” Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi.

batch_Honda-3S-Centre-Terengganu-mekanika

Syarikat Tan Eng Ann sudahpun merancang untuk menjadi pusat 4S, lengkap dengan pusat badan dan cat dalam masa dua tahun.

Untuk membuat temu janji dan mengetahui lebih lanjut mengenai servis dan kemudahan pusat 3S ini, sila hubungi talian 09-667 1796 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button