
NYENYAK TIDUR DALAM KERETA CURI, LELAKI DITAHAN POLIS
Polis Britain menahan seorang pencuri yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah kereta selama beberapa jam selepas memecah masuk ke dalam kenderaan tersebut, lapor akhbar The Sun.
Menurut laporan, pencuri itu dilihat berkeliaran di kawasan kejiranan tersebut sebelum membuka pintu sebuah kereta Audi Q7 yang diletakkan di luar sebuah rumah di Midlands Barat, England baru-baru ini.
Dia mengambil wang tunai, fon kepala dan beberapa barangan peribadi sebelum tertidur selama enam jam dan disedari oleh anak pemilik kenderaan tersebut keesokan paginya.
“Kami tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Agak menakutkan apabila melihat terdapat seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam kereta, namun kelakar kerana dia begitu nyenyak tidur di dalamnya,” kata pemilik kereta itu, Zoe Reed.
Tambah Reed, pencuri berkenaan dikejutkan oleh anggota polis yang tiba selepas dihubungi. “Anggota polis mengejutkannya dan berkata ‘Helo, apa yang anda buat di sini?’
“Perkara pertama yang dikatakan oleh pencuri itu adalah ‘anda tidak boleh menangkap saya kerana mencuri disebabkan saya tidak melarikan diri dengan apa-apa barang. Kami berpeluang melihat situasi kelakar itu. Terdapat pencuri paling malas di Britain yang tidur di dalam kereta kami,” ujar Reed.
Polis Midlands Barat kemudian mengesahkan pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dari Tamworth, Staffordshire. Dia diberkas dan didakwa atas kesalahan mencuri daripada kenderaan bermotor dan memecah masuk kenderaan. – Agensi
- BACA: KENAPA PERODUA ALZA / TOVOTA VELOZ TIDAK DIBERIKAN PINTU MENGGELUNGSUR?
- BACA: ADA KATIL DALAM NISSAN SERENA DAN NV200 JDM (BUKAN TIDUR MASA MEMANDU)
- BACA: SLEEPER CAR, BUKAN KERETA TIDUR, BUKAN SELIPAR TAPI KERETA BERKUASA. NAMPAK BIASA-BIASA
- BACA: PEKERJA INDIGO AIRLINES INDIA TIDUR MASA KERJA. SEDAR-SEDAR SAMPAI ABU DHABI


