Buletin

RENAULT/NISSAN MAHU BERGABUNG DENGAN FIAT CHRYSLER AUTOMOBILES?

Renault dan Nissan kini dikatakan sedang giat untuk menyelesaikan apa jua masalah yang timbul sejak penahanan bekas ketuanya, Carlos Ghosn. 

Antara usaha itu adalah memulakan kembeli perbincangan untuk penggabungan pada tahun depan. Apa yang menarik perhatian ialah timbul khabar angin bahawa kedua-dua pengeluar kenderaan itu mahu membuat bidaan untuk bergabung dengan  Fiat Chrysler Automobiles (FCA).

Berita itu semakin hangat apabila FCA dilapor tidak berminat dengan tawaran penggabungan daripada PSA Group.  

Jika penggabungan ini menjadi kenyataan, Renault-Nissan-FCA memiliki keupayaan untuk mencabar pengeluar kendeeraan berpengaruh yang lain terutama Toyota Motor Corporation dan Volkswagen Group.

Ini bukanlah kali pertama pengeluar kenderaan jenama Dodge dan Jeep tersebut berjaya memancing minat jenama lain untukbergabung dengannya. 

Malah, ketika FCA dipimpin oleh mendiang Sergio Marchionne, beliau sememangnya aktif berusaha untuk membentuk pakatan dengan pengeluar kenderaan lain.

Marchionne pernah bertanyakan kepada GM, tetapi tidak diberi jawapan yang memberangsangkan. 

Kini, nampaknya harapan membentuk pakatan itu kembali hidup. Kita tunggu apa perkembangannya nanti. 

Google ads
Back to top button