Buletin

IKLAN FORD, FIAT & NISSAN DIHARAMKAN DI UK KERANA PAPAR CORAK PEMANDUAN BERBAHAYA

Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan (ASA) United Kingdom baru-baru ini mengharamkan iklan yang dihasilkan oleh Ford, Nissan dan Fiat.

Pengharaman itu dibuat selepas penonton membuat aduan bahawa iklan-iklan tersebut menggalakkan pemanduan yang tidak bertanggungjawab.

Dua buah iklan Ford yang disiaran di panggung wayang dan laman Youtube rasminya menampilkan suara latar berbunyi “Do not go gentle into that good night… Old age should burn and rave at close of day. Rage, rage against the dying of the light.” yang seolah-olah menunjukkan memandu laju sebagai cara melepaskan tekanan.

Ford sebaliknya menegaskan iklan Mustang merupakan antidot kepada kehidupan yang membosankan.

ASA juga menerima komplen terhadap satu iklan Nissan Micra yang menunjukkan kereta itu dipandu laju di sebelum membrek dengan keras. Nissan kemudian menyatakan iklan tersebut mahu menunjukkan keupayaan teknologi pintar dan ciri keselamatan yang ada padanya.

“Kami sangat kecewa dengan keputusan yang diambil oleh ASA. Namun kami tetap menghormatinya,” kata seorang jurucakap Nissan.

Manakala iklan Fiat Chrysler pula diharamkan kerana ia menunjukkan kereta dipandu pada kelajuan tinggi dan berlumba.

Fiat Chrysler sebaliknya mendakwa memandu laju di antara bangunan yang dipaparkan dalam iklan itu meniru permainan Hot Wheels kanak-kanak dan boleh mencetuskan kreativiti.

Google ads
Back to top button