Motosikal

HONDA LANCAR CB150R STREETSTER KE PASARAN THAILAND – RM12,844 SEUNIT

AP Honda baru sahaja melancarkan model jalanan yang dikenali sebagai CB150R Streetster ke pasaran Thailand. 

Dibina di atas platform reka bentuk neo-sport, jentera itu mengambil inspirasai rekaan model lebih besar seperti CB1000R, CB650R dan CB300R. 

CB150R Streetster bermula sebagai model konsep 150SS Racer yang telah dipamerkan pada acara Bangkok International Motor Show 2017. 

Disifatkan sebagai evolusi kepada model CB150R ExMotion, ia menerima beberapa naik taraf kosmetik. Antaranya ialah grafik baharu, sambungan tangki berwarna hitam, lencana ‘150’ pada panel tempat duduk belakang dan ekzos di bawah enjin. 

Motosikal itu juga dipasang dengan angkup brek berwarna merah pada kedua-dua roda bersama sitem brek ABS dua saluran. 

Sementara aspek mekanikal masih sama dengan model sedia ada. Enjin DOHC selinder tunggal empat injap bersesaran 149cc itu mampu menjana kuasa 18PS dan tork 15Nm. Kuasa kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan. 

Jentera itu menggunakan kerangka jenis berlian, dengan suspensi USD 41mm di depan dan monoshock di belakang. Motosikal itu akan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Yamaha MT-15 dan KTM 200 Duke. 

Sama seperti CB300R, motosikal itu dilengkapi lampu utama berbentuk bulat, lampu belakang LED dan kluster instrumen digital sepenuhnya.

CB150R Streetster yang ditawarkan pada harga 99,800 baht (RM12,844) seunit hadir dalam tiga warna menarik iaitu putih, merah dan hitam matte. 

Disifatkan sebagai evolusi kepada model CB150R ExMotion, ia menerima beberapa naik taraf kosmetik. Antaranya ialah grafik baharu, sambungan tangki berwarna hitam, lencana ‘150’ pada panel tempat duduk belakang dan ekzos di bawah enjin. 

Motosikal itu juga dipasang dengan angkup brek berwarna merah pada kedua-dua roda. Sementara aspek mekanikal masih sama dengan model sedia ada. Enjin DOHC selinder tunggal empat injap bersesaran 149cc itu mampu menjana kuasa 18PS dan tork 15Nm. 

Jentera itu menggunakan kerangka jenis berlian, dengan suspensi USD 41mm di depan dan monoshock di belakang. 

Motosikal itu akan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Yamaha MT-15 dan KTM 200 Duke. 

CB150R Streetster yang ditawarkan pada harga 99,800 baht (RM12m844) seunit hadir dalam tiga warna menarik iaitu putih, merah dan hitam matte.

Tags
Google ads
Back to top button