Buletin

RENAULT TAWAR EV BERHARGA RM33,700 DI CHINA TIDAK LAMA LAGI

Renault dijangka menjual kenderaan elektrik (EV) pada harga cuma AS$8,000 (RM33,700) seunit di pasaran China sebaik sahaja insentif daripada kerajaan dilaksanakan.

Memetik laporan Reuters, Ketua Renault-Nissan Carlos Ghosn mengumumkan perkara tersebut pada persidangan New York Times Energy for Tomorrow di Paris.

Kereta elektrik Renault ZOE
Kereta elektrik Renault ZOE

China dikatakan akan memberi insentif sebanyak AS$20,000 (RM84,300)  bagi setiap EV dalam usahanya untuk menangani masalah pencemaran udara yang kian meruncing di republik tersebut.

Ghosn enggan mendedahkan sebarang perincian tentang kereta berkenaan. Biarpun begitu, EV keluaran Renault atau Nissan perlu berdepan dengan saingan sengit daripada pembuat EV tempatan yang lebih dominan seperti BYD dan Kandi.

SUV elektrik BYD Tang
SUV elektrik BYD Tang

Prospek jualan EV di China bagaimanapun tetap sangat menarik kerana negera itu dijangka menjadi pasaran EV terbesar di dunia menjelang akhir dekad ini. Malah, majalah EV menyatakan sebanyak 300,000 buah EV telah dijual di China pada tahun 2016. BYD dijangka menjual 75,000 unit SUV Tang tahun ini.

Sebagai perbandingan, pengguna di Amerika membeli 100,000 unit EV dan plug-in hybrid sepanjang sepuluh bulan tahun ini.

Dengan pertumbuhan pesat ini, para pengeluar kenderaan kini fokus ke pasaran China. Awal tahun ini, Volkswagen Group menyatakan ia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Jianghuai Automobile (JAC) untuk memproduksi kenderaan plug-in. Daimler juga menyatakan keinginan untuk meningkatkan jualan model plug-in di China.

Renault dilihat cuba untuk masuk lebih awal ke pasaran EV China. Syarikat kerjasama di antara Renault dan Donfeng, Dongfeng Renault Automobile Co. dilaporkan mahu memulakan ujian EV berautonomi pada bulan ini.

Google ads
Back to top button