Motosikal

AKSESORI BEG DAN PELANA KANVAS LA ROSA DESIGN

Kita biasa melihat beg dan tempat duduk atau pelana yang digunakan sebagai aksesori motosikal diperbuat daripada kulit.

Tetapi kini, penggunaan fabrik yang bertemakan ketenteraan dilihat semakin popular dalam kalangan pemilik motosikal cruiser atau sportster. Antara jenama yang menghasilkan aksesori sebegini ialah La Rosa Design, dari California Amerika Syarikat.

la-rosa-design-accesories-mekanika-3

Koleksi baru itu bagaimanapun masih mengekalkan gaya oldskul, tetapi disuntik dengan elemen moden.

La Rosa Design menggunakan fabric tebal dan tahan lasak sebagai material utama. Sementara kulit digunakan untuk kemasannya sahaja. Hasilnya cukup menarik, sebagai contoh ialah koleksi yang dikenali sebagai Koleksi Army Green Canvas with Brown Leather Star. Koleksi itu terdiri daripada pelana, tempat duduk pembonceng dan beg peralatan (front fork tool bag).

la-rosa-design-accesories-mekanika-9

Bag sisi (Army Green with Brown Leather Star Canvas Softail Saddle Bag) yang ditawarkan pada harga AS$124.99 (RM526) itu boleh didapati untuk sebelah kanan atau kiri motosikal. Direka untuk dipadankan dengan semua model Harley-Davidson Softail, kanvas kalis air itu menggunakan kerangka besi serta diperkukuhkan lagi menerusi lapisan kulit tebal bagi menjamin ketahanannya.

la-rosa-design-accesories-mekanika-5

Army Green Canvas Front Fork Tool Bag yang berharga AS$84.99 (RM356) boleh dipasang pada fork hadapan mana-mana model Harley-Davidson. Ia menggunakan material sama yang memang tahan lasak.

Google ads
Back to top button