Artikel PilihanBuletin

RIMAC NEVERA HYPERCAR, DIASASKAN DARI RIMAC CONCEPT TWO

Selepas 3 tahun melalui proses pembangunan, Rimac akhirnya mendedahkan model terbaru mereka iaitu Rimac Nevera yang diasakan dari model Concept Two. Nevera akan menggunakan 4 motor elektrik yang dipasang pada setiap roda bagi menghasilkan 1914 kuasa kuda.

Berbeza dengan Concept Two, Nevera tampil dengan rekaan yang lebih aerodinamik bagi membolehkan bateri 120kWh menawarkan jarak perjalanan sehingga 547km bagi satu pengecasan penuh berdasarkan kiraan WLTP. Sistem pengecasan 500Kw boleh memenuhkan bateri Nevera dari 0-80% dalam masa 19 minit

Nevera bakal diperkenalkan dengan ciri Driver Coach yang menggabungkan sistem AI dengan pelbagai sensor yang dipasang pada Nevera (13 kamera, 12 sensor ultrasonik, 6 radar) bagi menghasilkan panduan audio visual ketika anda membelasah Nevera di litar lumba

Sama seperti kereta moden, bahagian dalaman Nevera akan dipasang dengan 3 skrin utama serta beberapa butang fizikal bagi memdahkan pemandu membuat perubahan pada kawalan kereta. Nevera dianggarkan berharga sekitar RM 10 juta per unit dengan pengeluaran hanya dihadkan kepada 150 unit sahaja

Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, Nevera sangat berkuasa sehinggakan ia mampu mengalahakan Tesla Roadster dengan pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa hanya 1.85 saat sahaja serta halaju tertinggi hypercar ini ialah 415 km/j. Nevera hanya kalah dari segi jarak perjalanan kerana Tesla mendakwa model terbaru mereka boleh dipandu sejauh 965km

Google ads
Back to top button