
ROLLS-ROYCE PHANTOM CENTURY – SIMBOL KEJAYAAN DAN KEKAYAAN YANG DIBINA HANYA 25 UNIT SAHAJA
Selama 100 tahun, modell Rolls-Royce Phantom telah diiktiraf sebagai simbol kejayaan dan kebijaksanaan muktamad, yang dipilih oleh tokoh-tokoh paling berpengaruh di dunia. Ketika plat nama model legenda ini meraikan ulang tahunnya yang ke-100, Rolls-Royce Motor Cars memberi penghormatan dengan pengenalan Phantom Centenary Private Collection.
Untuk rekod, model Rolls-Royce Phantom ini yang bertahan selama lapan generasi dan satu abad ini adalah sebuah model yang tertinggi dalam hiraki Rolls-Royce dalam sejarah pengeluaran mereka dan kekal sebagai model termewah terbaik. Dan sudah tentu ini merupakan sesuatu yang wajar mereka lakukan sebagai tanda penghormatan terhadap jenama Phamtom itu sendiri.

Rolls-Royce Phantom ini telah dilayangkan dengan cat dua tona yang ditempah khas, dengan aplikasi sisi panjangnya memberi gambaran kepada siluet Phantom tahun 1930-an yang mengalir ke bahagian belakang.
Bahagian sisi badan telah dilayangkan dengan warna Super Champagne Crystal over Arctic White. Manakala bahagian atas badan kereta dilayangkan dengan warna Super Champagne Crystal over Black. Kemasan yang dibangunkan khas memberikan bahagian luar kilauan metalik yang luar biasa, dicapai dengan meresapi lapisan jernih dengan zarah-zarah kaca hancur yang berwarna-warni.

Turut diberikan perhatian khusus adalah maskot Spirit of Ecstasy yang unik. Menggunakan Spirit of Ecstasy pertama yang pernah dipasang pada Phantom sebagai rujukan mereka, para pereka mencipta penghormatan kepada patung penting ini, yang dituang dengan emas 18 karat padu untuk kekuatan, kemudian disalut dengan emas 24 karat untuk kemasan yang sempurna dan tahan luntur. Karya itu kemudiannya dipersembahkan kepada Pejabat Hallmarking & Assay di London, di mana ia menerima tanda aras yang lebih istimewa, Phantom Centenary.
Melengkapkan rupa luaran adalah satu set roda cakera Phantom, setiap satunya diukir dengan 25 garisan – untuk menghormati 25 kereta dalam koleksi dan, bersama-sama, menghasilkan 100 garisan bersempena meraikan ulang tahun ke-100 model Phantom ini.

Tempat duduk belakang Phantom Centenary diinspirasikan oleh ‘Phantom of Love’ 1926 yang terkenal, yang ditempah dengan permadani Aubusson tenunan tangan untuk lebih eksklusif. Lebih eksklusif apabila fabrik yang kompleks ini dibangunkan selama 12 bulan bagi menjamin ketahanan dan kualitinya yang estetik.
Selain daripada kemasan bahagian pintu belakang estetik yang menggambarkan seperti garis pantai Le Rayol-Canadel-sur-Mer, tempat Sir Henry Royce menghabiskan musim sejuknya, juga terdapat gambaran landskap West Wittering, rumah kediaman musim panasnya, hanya lapan batu dari Rumah Rolls-Royce hari ini.

Nadinya masih lagi mengekalkan enjin V12 6.75 liter dengan menampilkan penutup direka khas berwarna Artic White yang turut diperincikan dengan kemasan Emas 24 karat.
ACA : TEMPAHAN KHAS ROLL-ROYCE PHANTOM DENTELLE UNTUK BAPA. INI BARU BETUL RARE, SATU SAHAJA DI DUNIA

