
SAC MOTOR MALAYSIA RAI 39 JURUTEKNIK BERTAULIAH UNTUK PERKHIDMATAN KUALITI TINGGI
SAIC Motor Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan kejayaan pengijazahan 39 Juruteknik Bertauliah MG.
Menurutnya, juruteknik bertauliah MG kini bersedia memberikan perkhidmatan selepas jualan dengan tahap kualiti dan kecekapan tertinggi.
Tambahnya lagi, pencapaian ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan, tetapi juga memperkukuhkan kepercayaan mereka terhadap kenderaan MG di seluruh Malaysia.

Program latihan yang dilalui oleh juruteknik ini direka khusus untuk teknologi Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Kenderaan Elektrik (EV), dengan kerjasama jurulatih serta akademi tempatan.
Modul latihan yang digunakan berasaskan pasaran luar negara di mana SAIC beroperasi, memastikan juruteknik dilengkapi dengan pengetahuan terkini serta mematuhi piawaian antarabangsa.
Beberapa bulan lalu, SAIC Motor International telah menjemput SAIC Motor Malaysia untuk menyertai inisiatif latihan global di Shanghai bagi model MG4 dan ZS EV, serta di Thailand untuk model MG5 dan MG HS.

Inisiatif ini memberi pensijilan kepada para juruteknik dalam kemahiran penting untuk menyelenggara dan membaiki kenderaan MG terkini di seluruh dunia.
Dengan peningkatan ketara penggunaan EV di Malaysia, dua penasihat perkhidmatan wanita turut berada di kalangan 39 graduan ini, menonjolkan kepentingan peranan mereka dalam teknologi EV.
Latihan ini bukan sahaja memberi fokus kepada teknologi model baharu, tetapi juga mempersiapkan juruteknik untuk menghadapi cabaran masa depan dalam industri automotif.
SAIC Motor Malaysia komited untuk terus menghantar jurutekniknya menjalani latihan lanjutan, merangkumi bidang seperti EV dan Teknologi Bateri Voltan Tinggi, serta memajukan mereka dari tahap Junior Tech ke Master Tech.
- BACA: ALPINE A110 R ULTIME – MODEL YANG PALING LAJU DAN BERKUASA UNTUK SIRI A110!
- BACA: LEXUS RZ – SUV ELEKTRIK PREMIUM BUATAN JEPUN PERTAMA DI MALAYSIA
- BACA: LEAPMOTOR C10 RASMI DILANCARKAN – 214HP, TAWAR JARAK GERAK 424KM, HARGA BERMULA RM149K
- BACA: MV AGUSTA BERI JAMINAN PAMERAN MEMUKAU DI EICMA, NOVEMBER INI