Artikel PilihanBuletin

SANGGUP PAKAI PAKAIAN SEBERAT 2.5KG UNTUK ELAK CAS BAGASI

Samada aneh, kelakar ataupun bangang, kami pun tak tahu nak letakkan di kelas macamana. Seorang penumpang pesawat dari FIlipina telah membuat tindakan luarbiasa dengan memakai pakaian seberat 2.5kg untuk menaiki pesawat.

Gel Rodriguez, seorang wanita yang ingin terbang telah diberitahu bahawa bagasi kabinnya melebihi berat yang dibenarkan. Pada kebanyakan pesawat hari ini, beg kabin dihadkan pada 7kg sementara beg wanita ini seberat 9.5kg.

Beliau dikehendaki membayar lebihan berat tersebut namun apa yang berlaku ialah, wanita ini mengeluarkan pakaian dan memakainya sehingga berat beg tersebut kurang kepada 7kg.

Beliau memakai beberapa lapisan seluar dan baju untuk tujuan tersebut dan untuk mempamerkan “bantahannya” Gel mengambil gambar dan memuatnaik di laman media sosialnya.

Ia mendapat perkongsian 20,000 kali dan ramai yang memuji tindakan bijak itu. Ya. yang puji pun ramai tuan-tuan.

Adakah tindakan ini salah?

Tidak, tetapi secara moralnya ia langsung tidak bijak. Bayangkan dengan beberapa lapis seluar dan baju dan duduk dalam pesawat berjam lamanya, dah tentu tak selesa.

Google ads
Back to top button