,
BuletinMotosikal

KBS BERI DANA KHAS BANTU HAFIZH DI MOTOGP

Hafizh Syahrin kini boleh menarik nafas lega apabila kementerian Belia dan Sukan (KBS0 berjanji akan menyalurkan dana khas bagi membantu pelumba MotoGP negara, bagi menghadapi saingan Moto2 pada musim depan.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menyalurkan bantuan itu menerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi memastikan pelumba berusia 25 tahun itu dapat terus kekal bersaing di pentas permotoran antarabangsa.

“Saya telah berhubung dengan (Ketua Pegawai Eksekutif SIC), Datuk Razlan Razali dan saya akan pastikan beliau beraksi dalam saingan Moto2 walaupun Petronas tidak mahu menaja Hafizh Syahrin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kad kenangan kepingan emas legenda sukan negara oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), di Galeri KBS.

Hafizh yang berlumba buat pertama kalinya dalam kelas MotoGP bersama pasukan Tech3 Yamaha pada 2018 telah bertukar jentera KTM pada tahun ini. Namun prestasinya yang tak menentu di sepanjang musim memberi impak terhadap karier beliau dalam kancah perlumbaan paling berprestij itu.

Kontrak beliau tidak disambung bersama Tech 3 KTM untuk kelas Moto2 pada tahun hadapan. Bagaimanapun beliau telah ditawarkan tempat dalam kelas Moto2 bersama pasukan Angle Nieto, namun agak menyedihkan, tiada gaji tetap yang ditawarkan kepadanya. Pendapatan beliau bergantung sepenuhnya kepada kejayaan semasa di podium.

Dan itu sudah tentu sedikit membebankan pelumba ini. KBS yang menyedari keperluan memberi sokongan terhadap pelumba tempatan di peringkat antarabangsa bersetuju untuk menyalurkan dana khas demi menyokong keterlibatan Hafizh bersama pasukan barunya.

KREDIT: SINAR HARIAN

Google ads
Back to top button