
SEGALANYA TENTANG F1 PITSTOP. PURATA 2 SAAT SEKALI BERHENTI
Hentian pit ataupun pitstop merupakan cara pasukan pelumba termasuklah F1 untuk mengisi semula bahan api (sebelum diharamkan) dan menukar tayar yang telah haus ketika berlumba. Disebabkan isu keselamatan, pengisian bahan api telahpun diharamkan ketika berlumba disebabkan beberapa kejadian kebakaran.
Hari ini kita akan lihat semua fakta pantas berkenaan dengan hentian pit:
1. Pit merujuk kepada lubang kerana ketika pada awal perlumbaan mekanik perlu menggali lubang bagi membolehkan mereka mengakses bahagian bawah kereta dengan pantas
2. Awal tahun 1950an, hentian pit mungkin mengambil masa sekitar 1 minit untuk menukar tayar dan mengisi bahan api. Hentian pit biasa bersebelahan dengan trek lumba yang mendedahkan mekanik pada jentera lumba lain
3. Setelah selesai pembaikan, mekanik perlu menolak semula kereta lumba, kemudian digantikan dengan penghidup khas yang dioperasikan oleh mekanik bertauliah. Jentera F1 moden boleh menghidupkan jentera dengan sendiri dengan butang khas

4. Ketika ini hentian pit merupakan pilihan akhir kepada pemandu yang perlu membetulkan jentera mereka termasuklah spoiler patah ataupun tayar bocor. Juan Manuel Fangio merupakan pelumba pertama yang menggunakan hentian pit bagi meraih masa terpantas dan memenangi perlumbaan
5. Menjelang pertengahan 1980an, pengisian semula bahan api ketika berlumba adalah satu strategi kerana pelumba boleh memulakan perlumbaan dengan bahan api yang sedikit menjadikan jentera semakin ringan dan memudahkan catatan masa terpantas dibuat. Ketika itu juga, pelumba boleh menukar tayar yang lebih lembut.
6. FIA mengharamkan pengisian bahan api pada tahun 1983 menyebabkan pasukan hanya boleh menukar tayar sahaja. Ketika ini pasukan Benetton berjaya mencatatkan masa 3.2 saat bagi proses penukaran tayar, rekod yang bertahan sehingga hampir 15 tahun
7. Pada tahun 1994 FIA membenarkan semula pengisian bahan api tapi mengharamkan semula pengisian bahan api pada 2009. Jadi F1 moden pada hari ini hanya melibatkan proses penukaran tayar sahaja dengan melibatkan 20 mekanik bagi 4 biji tayar.

8. Pelumba perlu berhenti tepat pada posisi, 4 mekanik mengangkat kereta dari depan dan belakang, 4 mekanik bertugas membuka nut tayar, 4 mekanik membuka dan mengambil tayar, 4 mekanik meletakkan tayar baru dan 4 mekanik memasang semula nut tayar
9. Pada masa yang sama 2 mekanik akan berada di sisi jentera memastikan ia stabil, mungkin ada beberapa mekanik yang bertugas membetulkan spoiler ataupun menukar wing depan sepenuhnya jika terlibat dengan kemalangan yang mungkin menyebababkan tambahan masa 10 saat.
10. 1 lagi mekanik akan bersedia dengan pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga. Buat masa ini purata masa penukaran tayar terpantas dibuat oleh Red Bull Racing dengan catatan masa 1.82 saat dan masih lagi bertahan sehingga hari ini

Salah satu faktor yang menghadkan masa penukaran tayar ialah cara otak manusia berfikir. Wheel Gunner sepatutnya memberi isyarat bahawa nut tayar telah ketat sepenuhnya barulah jentera boleh diletakkan semula diatas trek
Namun FIA mengesyaki sesetengah pasukan menggunakan alatan khas yang memberikan isyarat automatik kepada mekanik lain dalam bentuk elektronik bagi memastikan proses ini berjalan dengan lebih laju. Atas sebab keselamatan, FIA mengarahkan semua pasukan menambah 0.35 saat bagi mengelakkan kemalangan.