Buletin

KIA INDIA NAK JUAL KENDERAAN TERPAKAI PADA TAHUN DEPAN

Syarikat gergasi kenderaan Korea Selatan, Kia akan menubuhkan syarikat perniagaan kenderaan terpakai di pasaran India pada tahun hadapan.

Naib Presiden dan Ketua Pemasaran, Jualan Kia India, Hardeep Brar mengesahkan perkara tersebut ketika perbincangan kereta terpakai di OLX Autos.

Pasaran kenderaan terpakai berkembang dengan pesat di India selepas pandemik Covid-19 apabila terdapat ramai pelanggan yang ingin membeli kereta pada harga diskaun untuk kegunaan peribadi.

Kia Motors akan mengambil peluang berkenaan untuk memasuki segmen pasaran baharu itu.

“Apabila melihat senario hari ini, pasaran kenderaan terpakai adalah 1.4 kali ganda berbanding kenderaan baharu.

“Justeru, terdapat potensi tinggi dalam pasaran ini,” kata Brar.  –cartoq

Google ads
Back to top button