Buletin

SIME DARBY AUTO SELECTION TAWAR PROGRAM JAMINAN LANJUTAN UNTUK KERETA TERPAKAI

Sime Darby Auto Selection (SDAS), pengedar kenderaan terpakai di bawah Sime Darby kini memperkenalkan Program Jaminan Lanjutan untuk model terpakai dengan kerjasmaa Guard My Ride (GMR) dan RHB Insurance.

Program itu menawarkan ketenangan minda kepada pelanggan dengan perlindungan jaminan yang komprehensif. Di samping pembaikan dan servis untuk komponen berikut:  

  • Sistem enjin
  • Gandar depan/belakang
  • Sistem elektronik  
  • Kebocoran minyak transmisi
  • Sistem stereng
  • Sistem turbo  
  • Sistem brek
  • Sistem pendingin hawa
  • Sistem penyejukan
  • Sistem penghidup
  • Sistem bahan api
  • Sistem transmisi

Program itu juga menawarkan perkhidmatan menunda secara percuma ke bengkel-bengkel panel di seluruh negara bagi tujuan servis dan tuntutan insurans  

Kenderaan dengan jarak perbatuan di bawah 140,000km dan kurang lapan tahun layak untuk program yang berharga di antara RM2,200 hingga RM6,900 setahun, bergantung kepada usia dan jenis kenderaan. Ia boleh dibeli di bilik pameran SDAS Glenmarie.

GMR akan menjadi penyedia servis untuk semua tuntutan jaminan lanjutan, perkhidmatan menunda dan pembaikan. Manakala RHB pula menawarkan insurans.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: https://simedarbyautoselection.com.my/

Google ads
Back to top button