Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG TAYAR GERAK KEMPIS (RUN FLAT TYRE).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini kita akan membincangkan tentang tayar. Cuma kali ini kita fokus kepada tayar RFT. 𝐀𝐩𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐑𝐅𝐓 𝐧𝐢 ? RFT merupakan singkatan kepada “Run-Flat Tire”. Definisi “Run-Flat Tire” ini adalah tayar yang boleh beroperasi walaupun ketiadaan angin.

Tayar biasa akan terus melepek jika ketiadaan angin. Oleh itu kenderaan tidak dapat bergerak. Solusi yang paling cepat adalah dengan menukar tayar yang bocor itu dengan tayar “spare”. Perkara ini tidak berlaku pada tayar RFT.

Hal ini kerana tayar RFT tidak melepek walaupun ketiadaan angin sekaligus membolehkan kenderaan bergerak pada halaju sederhana. Namun begitu, ia tetap perlu dibaikpulih atau diisi angin supaya boleh beroperasi pada kadar optimum.

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐟𝐮𝐧𝐠𝐬𝐢 ?Ada dua jenis sistem RFT. Pertama sekali adalah jenis “Self Supporting”. Satu lagi adalah “Support Ring”.

“𝐒𝐞𝐥𝐟 𝐒𝐮𝐩𝐩𝐨𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠” – Sistem “Self Supporting” adalah sistem dimana tayar itu sendiri dibina dengan “Sidewall” yang diperkukuhkan. Tayar jenis ini mempunyai “Sidewall” yang keras. Tujuannya adalah untuk menampung berat kenderaan walaupun ketika ketiadaan angin. Oleh itu, tayar RFT jenis ini anda tidak akan nampak ia melepek walaupun tiada angin. Nampak solid je.

“𝐒𝐮𝐩𝐩𝐨𝐫𝐭 𝐑𝐢𝐧𝐠 – “Sistem “Support Ring” ini kebiasannya digunakan pada tayar kenderaan tentera atau kenderaan berat. Ia mempunyai getah keras atau struktur lain yang dipasang pada rim sebelum tayar dipasang pada rim. Tujuan struktur ini dipasang adalah untuk memastikan kenderaan masih boleh bergerak walaupun tayar ketiadaan angin. Untuk lebih jelas, boleh rujuk gambar yang diberikan.Tayar jenis ini, walaupun ditembak dengan senjata, masih boleh beroperasi dengan cemerlang. Kalau kena bom tu lain cerita.

𝐑𝐅𝐓 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 ? – Dah namanya pun ciptaan manusia, mesti ada kelemahannya. Walaupun tayar RFT membolehkan kenderaan bergerak ketika bocor, ia masih ada kebarangkalian untuk pecah atau meletup ketika beroperasi. Punca tayar pecah merangkumi beberapa faktor.

Antaranya ialah :-

– Tekanan angin yang kurang

– Kenderaan dibawa terlalu laju

– Muatan berlebihan, Kena pula anda bawa muatan berlebihan, tidak sedar tekanan angin kurang, bawa pula laju. Memang cukup resipi untuk meletupkan tayar. Oleh itu, elakkan kesemua faktor diatas.

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐅𝐓 – Sangat jelas. Kelebihan RFT adalah ia mampu beroperasi walaupun dalam keadaan bocor. Oleh itu, anda tidak akan tersadai di tepi jalan. Kenderaan masih boleh bergerak dan membolehkan anda mencari kedai tayar terdekat untuk menukar tayar. Kebanyakan pengeluar sekarang menggunakan RFT sebagai ciri asas bagi jentera produksi mereka. Sebagai contoh BMW.

Disebabkan penggunaan RFT, maka barisan jentera mereka tidak memerlukan tayar “Spare”. Oleh itu, barisan jentera ini mempunyai ruang kargo yang lebih luas dan jentera juga lebih ringan.

𝐊𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐅𝐓 – Antara kekurangan RFT adalah harganya Tuan-Tuan. RFT ni mahal harganya. Kira-kira 30% lebih mahal dari tayar biasa. Jika ditanya kepada kedai tayar. RFT juga sedikit sukar untuk dipasang pada rim. Hal ini disebabkan “Sidewall” nya yang keras. Sedikit kesilapan sahaja mampu menjahanamkan terus tayar tersebut lalu merugikan syarikat.

Disebabkan rekaannya yang tidak melepek apabila ketiadaan angin. Maka agak sukar untuk mengenalpasti bahawa tayar RFT mempunyai angin yang cukup atau tidak. Bagi jentera baru, tiada masalah kerana kebanyakannya dilengkapi dengan sistem “Tire Pressure Monitoring System” (TPMS). Bagi yang tiada, adalah lebih baik untuk memasang sistem ini bagi tujuan memantau keadaan angin tayar.

𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐑𝐅𝐓 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐠𝐮𝐬?

2 tayar hadapan pakai RFT, 2 tayar belakang pakai tayar biasa. Sebolehnya jangan. Hal ini kerana sifat tayar itu sendiri yang berbeza. Tayar RFT mempunyai “Sidewall” yang keras. Oleh itu fleksibilitinya terhad dan ciri pengendaliannya juga berbeza berbanding tayar biasa.Jika campur, ciri pengendalian kenderaan akan menjadi tidak stabil sekaligus memberikan risiko ketika anda memandu. Jikalau boleh, jangan ambil risiko sebegini rupa.

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐑𝐅𝐓 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤?

Kebanyakan pengeluar tayar akan meletakkan kod atau pada barisan tayar RFT mereka. Dari sini anda boleh kenalpasti bahawa tayar tersebut merupakan tayar RFT. Kod yang digunakan oleh pengeluar pula adalah berbeza. Senarainya adalah seperti dibawah :

— Continental – SSR(Self-Supporting Runflat)

– Dunlop – DSST(Dunlop Self-Supporting Technology) dan ROF (Run On Flat)

– Goodyear – ROF dan EMT (Extended Mobility Technology)

– Bridgestone – ROF,RFT dan RSC(Run-Flat System Component)

– Michelin – ZP(Zero Pressure)

– Pirelli – RSC

– Sailun – ZSR RFT

– Hankook – HRS (Hankook Runflat System)

Oleh itu, jika tayar berjenama diatas mempunyai kod yang ditunjukkan diatas, bermakna tayar tersebut merupakan tayar jenis RFT.

Mohamad Yazid

Google ads
Back to top button