Buletin

TEMPAHAN MYVI GENERASI KE-3 KINI DIBUKA. 5 VARIAN, 22.2KM/L, PSDA, BERMULA RM45,700!

Perodua Myvi generasi ketiga yang telah menerima penambahbaikan akan didatangkan dengan teknologi terbaik, ciri keselamatan pintar, lebih jimat bahan api, sporty serta warna baharu.

“Penambahbaikan ini membuktikan usaha kami untuk memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat. Pada masa sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan Standard Terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Varian Myvi baharu terdiri daripada 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G. Semua varian hanya didatangkan dalam transmisi automatik kerana Perodua telah menghentikan transmisi manual daripada barisannya.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api Myvi baharu kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” kata Zainal.

Varian AV, H dan X serta salah satu varian G akan mempunyai sistem Perodua Smart Drive Assist (PSDA) terkini yang  direka untuk keselamatan pemandu dan pejalan kaki.

Myvi baharu turut hadir dalam warna baharu iaitu Cranberry Red, hanya untuk varian AV. Warna lain termasuklah putih, perak, merah Lava Red (tiada untuk AV), kelabu dan biru. 

Harga model popular itu bermula RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).

Sila kunjungi pusat pameran jualan Perodua berhampiran atau hubungi penasihat jualan sah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan.

Google ads
Back to top button