Buletin

SELEPAS EKZOS, MILLTEK BUAT JENAMA MLTLK BY MILLTEK, AKSESORI UNTUK DEFENDER

Milltek Sport diasaskan di United Kingdom (UK) pada 1983 dan mempunyai pusat pembangunan dan pengujian berhampiran litar lumba Nürburgring di Jerman.

Milltek Sport dikenali sebagai pembuat sistem ekzos dan bukan sahaja kereta baharu tetapi model-model ikonik era 80-an, 90-an dan 00-an.

Di antaranya Peugeot 205 GTI, Volkswagen Golf GTI Mk1 dan barisan jentera Jepun seperti Mitsubishi Lancer Evolution VII, Honda Integra Type R dan pelbagai lagi.

Tidak sekadar bunyi kuat dan berprestasi, Milltek Sport turut menumpukan pada sistem ekzos yang mematuhi piawaian undang-undang.

Berbekalkan lebih 41 tahun dalam bidang prestasi dan ubah suai, Milltek Sport melangkah ke bidang penggayaan kereta melalui jenama MLTK by Milltek.

Aksesori kereta dan dipadan pula bersama sistem ekzos Milltek. Satu gabungan yang menarik.

Produk pertama bukan untuk Golf GTI Mk8 atau BMW 3 Series G80 tetapi Land Rover Defender lama.

Di antara kelengkapan seperti bampar, pemijak sisi, spoiler dan alas kaki. Bahan yang digunakan pula jenis bermutu sebagai contoh bampar depan dari besi tahan karat T304L dengan kemasan salutan serbuk.

Defender mempunyai peminat tegar di serata dunia dan satu keputusan yang bagus dari Milltek.

Berikut senarai aksesori MLTK untuk Land Rover Defender L316:

  • Pelindung depan / front bash: £295 (RM1,654)
  • Engsel bonet keselamatan: £139(RM779)
  • Pemijak bucu sisi: £149 (RM835)
  • Spoiler bumbung dengan lampu brek ketiga: £895 (RM5,018)
  • Bampar depan jenis bulat: £450 (RM2,523)
  • Bampar depan jenis rata: £399 (RM2,237)
  • Pemijak sisi: £295 (RM1,654)
  • Alas kaki: £69 (RM386)
  • Lampu belakang Glohh GL-2: £489 (RM2,741)
  • Lampu belakang Glohh GL-2x: £539 (RM3,022)
  • Ekzos Milltek Sport L316 110: £595 (RM3,336)
  • Ekzos Milltek Sport L316 90: £550 (RM3,083)

Dalam beberapa bulan akan datang, MLTK akan memperkenalkan produk untuk kereta prestasi seperti MINI Cooper S terbaru (F66). Menarik!

Google ads
Back to top button