Buletin

SERANGGA PUNYA PASAL, 10,000 KERETA JEPUN DILARANG MASUK KE NEW ZEALAND

Serangga busuk yang dikenali sebagai pianggang atau stink bug menjadi punca ribuan kereta dari Jepun gagal memasuki New Zealand.

Pihak berkuasa negara itu mengesahkan bahawa tiga buah kapal kargo besar yang membawa kereta dan mesin dari Jepun dilarang memasuki New Zealand berikutan masalah serangga tersebut.

Kapal kargo itu dilapor membawa lebih 10,000 buah kereta baharu dan terpakai.

Stink bug dikatakan amat mudah membiak, mampu merosakkan pelbagai jenis tanaman dan kalis kepada banyak racun serangga. Ia dilihat sebagai satu bentuk ancaman yang serius kepada ekosistem New Zealand.

“Selama 15 tahun berada dalam industri ini, saya tidak pernah lihat kondisi seteruk ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Kenderaan Import New Zealand, David Vinsen.

Selain tiga kargo terbabit, terdapat lebih 8,000 kenderaan lain yang sedang menunggu giliran untuk dihantar ke New Zealand dari Jepun. Berikutan masalah itu, para pekerja yang membantu memproses kenderaan di pelabuhan diminta bercuti.

Dalam usaha memastikan masalah ini tidak berulang, kerajaan New Zealand telah memperkenalkan peraturan baharu. Ia memerlukan semua kenderaan terpakai dari Jepun dibersihkan dan diperiksa di kemudahan khas sebelum dihantar ke New Zealand.

Google ads
Back to top button