Buletin

SERPIHAN ROKET LONG MARCH 5B CHINA BERKECAI DI LAUTAN HINDI

Roket Long March 5B milik China memasuki atmosfera bumi pada jam 10.24 pagi tadi waktu tempatan dan berkecai di Lautan Hindi.

Segmen daripada roket terbabit dilaporkan terbakar dan musnah apabila memasuki atmosfera bumi sebelum gugur berdekatan Kepulauan Maldives.

“Selepas memantau dan melakukan analisis, pada jam 10.24 pagi hari ini, sisa terakhir roket memasuki ruang udara bumi.

“Ia musnah sejurus memasuki atmosfera bumi,” kata jurucakap Pejabat Kejuruteraan Angkasa China.

Terdahulu, Beijing percaya kesan kerosakan daripada segmen roketnya yang gugur ke bumi tidak mengakibatkan kerosakan yang besar.

“Kebarangkalian menyebabkan bahaya di lapangan sangat rendah,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.-agensi

Google ads
Back to top button