Buletin

JUALAN KERETA MEWAH MEROKET KETIKA PANDEMIK COVID-19

Jualan kereta mewah meningkat secara mendadak pada tahun lalu ketika dunia berdepan penularan pandemik Covid-19.

Syarikat pengeluar Jerman, Porsche mencatatkan rekod jualan menakjubkan pada tahun 2020.

Bahkan, Ferrari dan BMW M turut mencatatkan rekod jualan sehingga menimbulkan persoalan bagaimana syarikat-syarikat berkenaan mampu meraih jualan tinggi.

Menurut laporan Bloomberg, kebanyakkan pemain utama kereta mewah berjaya mencatatkan jualan memberansangkan pada tahun lalu ketika dunia sedang menderita.

Adrian Hallmark dari Bentley berkata jualan jenama berkenaan mencatatkan kira-kira 30 peratus melebihi jualan tahun lalu dan perlu diingat bahawa tahun lalu merupakan rekod.

“Ia memerlukan asteroid yang besar berbanding Covid untuk mengalihkan kami dari landasan,” ujarnya.

Stephem Winkelmann dari Bugatti turut berkongsi sentimen yang sama, tahun 2020 merupakan tahun ketiga berturut-turut syarikat mencatatkan rekod jualan.

Dalam pada itu, Oliver Blume yang mengetuai Porsche memberitahu keputusan jualan tahun lalu merupakan pencapaian menakjubkan.

Penganalisis di Technavio telah menjangkakan pada pertengahan tahun lalu, pasaran kereta mewah Amerika Syarikat (AS) akan berkembang sekitar 6.7 juta unit dari 2020 hingga 2024.

Statistik menyokong teori berkenaan apabila harga saham Ferrari meningkat sebanyak 27 peratus pada tahun lalu manakala tempahan Lamborghini penuh sehingga Oktober.

Jenama Rolls-Royce sahaja yang tidak menunjukkan prestasi baik.

Kemungkinan peningkatan mendadak dalam pasaran kereta mewah disebabkan golongan kaya berasa bosan ketika pandemik dan mengambil keputusan untuk membeli jentera-jentera baharu. – carbuzz.

Google ads
Back to top button