Artikel Pilihan

SUV LANGGAR KERETA. MEMANG TERUK KESANNYA

Kami sentiasa menggalakkan pembaca yang bijaksana untuk menilai aspek keselamtan kenderaan yang bakal dibeli samaada baru ataupun terpakai. Anda boleh membuat rujukan di mana-mana badan penilai seperti Euro NCAP, Asean NCAP, IHTSA dan juga JNCAP. Kalau boleh hanya beli kereta yang ada hanya 5 bintang sahaja.

Tapi masalahnya penilaian 5 bintang aspek keselamatan ini hanya tertakluk, jika kenderaan tersebut melanggar kereta lain dengan saiz yang sama maka ia berupaya melindungi penumpang dan pemandu dari kecederaan yang serius. Masalahnya terdapat pelbagai kenderaan di atas jalan, dari sedan besar, SUV, 4×4, jentolak, dan juga kereta yang dipandu oleh orang mabuk.

Bila kemalangan terjadi, kita tak boleh nak pilih dengan siapa kita nak langgar. Shit happen, kata Mat Saleh. Manakala badan-badan penilai yang kami sebutkan tadi pula tidak berupaya menilai semua jenis kenderaan yang akan dilanggar oleh kereta ujian. Perlanggaran boleh terjadi dengan macam-macam kereta, namun dengan SUV mulai menjadi pilihan utama maka terdapat satu risiko bila SUV gedabak ini melanggar kereta kecil

Mari sembang pasal fizik sikit. Semasa kenderaan bergerak, ia memiliki momentum yang terhasil apabila beban kenderaan bergerak pada halaju tertentu. Rumusnya ialah Momentum = berat x halaju. Jadi ada dua faktor utama di sisi iaitu berat dan juga halaju. Biasanya SUV akan memiliki berat yang lebih berbanding dengan kereta sedan dan juga kereta kompak.

Cuba anda tengok video di atas ujian kemalangan Kia Cerato dengan crossover Kia Sorento yang lebih besar. Disebabkan berat Sorento yang lebih berat, walaupun ia mungkin bergerak lebih perlahan ketika kemalangan terjadi momentum yang terhasil akan sentiasa lebih besar dari Kia Cerato. Jadi semasa kemalangan daya dari Sorento akan dikenakan pada Cerato.

Dalam video anda boleh lihat Cerato seperti tercampak ke belakang dan berpusing akibat kemalangan berbanding dengan Sorento. Satu lagi aspek perbezaan antara sedan ataupun kereta kompak dengan SUV ialah kedudukan cesi semasa kemalangan. Cesi SUV biasanya berada lebih tinggi berbanding dengan kereta kompak dan sedan. Jadi semasa kemalangan kereta kompak akan terperosok di bawah SUV.

Dalam video yang dikeluarkan oleh IIHS di atas, ia menerangkan fenomena underride dimana sedan dan kereta kompak terperosok di bawah SUV ketika kemalangan. Jika fenomena ini berlaku, cesi kedua-dua kereta yang sepatutnya menerima impak, mengalihkan daya kemalangan dan menghindarkan kecederaan pada penumpang tidak dapat berfungsi seperti yang direka oleh jurutera.

Bagi menghindarkan fenomena ini dari berlaku, pengeluar SUV perlu merendahkan cesi SUV supaya ketinggiannya lebih kurang sama dengan kereta. Ataupun memasang satu lagi besi penghalang yang akan menghalang kereta dari terperosok masuk di bawah SUV ketika kemalangan terjadi.

Namun pada masa yang sama pengeluar kereta mestilah memasang ciri keselamatan tambahan seperti beg udara sisi dan juga sistem brek pra-perlanggaran bagi mengurangkan lagi kebarangkalian kemalangan. Satu lagi kelebihan yang ada pada crossover, SUV ataupun sedan yang besar ialah ia datang dengan rekaan hud depan yang lebih panjang dan besar.

Jadi jurutera boleh mereka cesi yang boleh menyerap impak kemalangan dengan lebih baik dan memberikan perlindungan tambahan kepada penumpang dan pemandu dalam sedan yang besar, SUV dan juga crossover berbanding dengan kereta kompak dan juga sedan kecil. pada tahun 2013 Universisti Bufallo Amerika menerbitkan kajian ilmiah berkenaan kesan kemalangan antara SUV dengan kenderaan kompak dan sedan kecil

Mereka mendapati pemandu dan penumpang yang berada dalam kereta sedan lebih terdedah (more likely) untuk mengalami kecederaan serius yang mengakibatkan kematian sehingga 7.6 kali lebih tinggi berbanding dengan pemandu dan penumpang yang berada dalam kereta.

Sekiranya kereta tersebut menerima pengiktirafan kemalangan yang lebih baik baik berbanding SUV, katakanlah kereta menerima 5 bintang dan SUV 4 bintang risiko kecederaan pada pemandu dan penumpang kereta menurun kepada 4 kali ganda. Mesti pembaca akan akan mengatakan penulis tengah kempen nak beli SUV la tue kan. Sebab SUV lagi selamat.

Jawapan ringkasnya ialah SUV tidak memberikan jaminan yang ia lebih selamat berbanding dengan kereta selain kos penggunaan bahan api yang lebih tinggi. SUV direka dengan lebih tinggi menjadikan pusat gravitinya lebih tinggi berbanding dengan kereta. Lebih tinggi pusat graviti lebih mudah ia terbalik, dan dalam kes SUV ia lebih cenderung untuk terbalik dengan kesemua tayar berada di atas atau fenomena ini dikenali sebagai rollover.

Malah kami juga telah mengeluarkan artikel bagaimana kenderaan yang tinggi cenderung untuk terbabas dalam Moose Test. pada tahun 2000 NHTSA mendapati walaupun kes rollover hanya melibatkan 3% setahun di Amerika tapi ia menyumbangkan kepada 20% kes kemalangan maut. Jadi kami cadangkan jika anda ingim membeli SUV, pastikan ia dilengkapi dengan ESC dan melepasi Moose Test dengan cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, anda mungkin berminat dengan artikel yang diterbitkan dalam versi Inggeris INI

Google ads
Back to top button