Buletin

SHERPA XLE: RUMAH BERGERAK MEWAH DI ATAS CASIS M1089 A1 6×6

Nevada kini menjadi saksi kepada inovasi luar biasa dalam dunia kenderaan rekreasi dengan kehadiran Sherpa XLE, sebuah motorhome yang dibina di atas casis tentera M1089 A1 6×6.

Dihasilkan oleh syarikat Hunter RMV, Sherpa XLE menawarkan kombinasi unik antara ketahanan, kemewahan, dan teknologi untuk menerokai kawasan terpencil dengan penuh gaya.

Bahagian dalamannya dilengkapi katil bersaiz queen dan ruang makan berlapik kulit yang menawarkan keselesaan maksimum.

Bukan itu sahaja, dapur serba lengkap pula menyediakan dapur induksi, ketuhar gelombang mikro serta set BBQ luaran.

Selain itu, terdapat dua peti sejuk, bilik mandi dalaman, bilik mandi luaran, mesin basuh, dan pengering pakaian.

Sherpa XLE juga direka untuk kehidupan luar grid dengan membawa 120 gelen air bersih, dilengkapi sistem tenaga Victron Energy dengan bateri 800 a/h, dan panel solar 1,000 watt di atas bumbung.

Kelebihan lain Sherpa XLE termasuklah keupayaannya dalam mengharungi laluan mencabar menjadi daya tarikan utama.

Dengan enjin Caterpillar 3126B inline-enam turbo diesel yang menghasilkan 330hp dan 860 lb-ft tork, kenderaan ini mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan dengan mudah.

Kelengkapan seperti sistem GPS overlanding, bar lampu LED besar, dan ruang storan luaran menambahkan lagi kemampuannya sebagai kenderaan pengembaraan serba lengkap.

Walaupun harga rasmi tidak diumumkan, model serupa dengan casis Acela Monterra sebelum ini dijual pada harga sekitar AS$480,000 (RM2.2 juta).

Menurutnya, Sherpa XLE mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan untuk disiapkan, menjadikannya produk eksklusif yang dibina mengikut keperluan pelanggan.

GALERI:

Google ads
Back to top button