Buletin

SINDIKET LORI: SPRM SIASAT PENGARAH JPJ P.PINANG

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melengkapkan siasatan ke atas sindiket perlindungan pemandu lori tidak lama lagi.

Sindiket itu melibatkan pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang (JPJ). Sumber SPRM berkata, agensi anti rasuah itu akan mengemukakan kertas dan hasil siasatan ke jabatan undang-undangnya tidak lama lagi.

“Kami telah menjalankan soalsiasat terhadap semua pegawai penguatkuasa JPJ negeri yang didakwa berkaitan dengan sindiket tersebut. Kami juga telah menjalankan soalsiasat terhadap pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Mat Nor.

sumber grafik: Utusan Malaysia

“Mengambil keterangan pengarah JPJ adalah langkah terakhir dalam siasatan kami.

“Kami akan mengemukakan hasil siasatan kepada unit undang-undang SPRM tidak lama lagi,” kata sumber kepada New Straits Times.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Sumber itu berkata unit perundangan SPRM akan memutuskan langkah seterusnya, termasuk sama ada meneruskan tindakan undang-undang terhadap kakitangan JPJ yang terlibat.

“Unit undang-undang SPRM akan memutuskan sama ada mereka mahu mendakwa atau mahu kami mengumpul lebih banyak bukti,” katanya.

Bulan lepas, 66 pegawai penguatkuasa JPJ negeri ditahan atas kes perlindungan pemandu lori. Awal bulan ini, seorang lagi pegawai penguatkuasa JPJ Pulau dan pengarah JPJ negeri turut disoal siasat.

Daripada jumlah yang ditahan dan disoal siasat, sembilan masih direman oleh SPRM untuk siasatan lanjut.

Pegawai penguatkuasa yang berpangkat di antara gred 19 dan 32, dipercayai telah menerima bayaran bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang melanggar undang-undang dan juga sebagai habuan membocorkan maklumat mengenai operasi JPJ.

Lori berkenaan dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto, membolehkan mereka dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan.

KREDIT: NST

Google ads
Back to top button