Artikel PilihanBuletin

TIADA “U” TURN. KEPUTUSAN CERMIN GELAP ADALAH MUKTAMAD

Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook telah mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia dua hari yang lalu.

Ia mendapat banyak respon, termasuk dari agensi kerajaan yang lain.

Hari ini, Anthony Loke sekali lagi mengadakan sidang media bagi menjelaskan semua persoalan yang timbul. Menerusi sidang media itu juga, Loke memberi alasan serta justifikasi peraturan yang telah ditetapkan tersebut.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/videos/1287189584767169/

Beliau juga memberi jawapan kepada persoalan dari PDRM dan juga penjelasan mengenai Ketetapan UN ECE R43, kereta recond dari Jepun, SUV dan MPV.

Peraturan yang sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%, bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50% dikekalkan, manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang kini tiada had khusus.

Tambahnya lagi, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.

Bagi yang ingin menggunakan cermin yang lebih gelap dari peraturan yang dimaklumkan, boleh membuat permohonan atas sebab-sebab khusus seperti faktor keselamatan atau faktor kesihatan.

Beliau turut memaklumkan, bagi setiap permohonan yang dikemukan di atas faktor keselamatan akan dikenakan fi sebanyak RM50 dan setiap permohonan yang lulus akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi dua (2) tahun. Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Bagi permohonan pengecualian di atas faktor kesihatan hendaklah mendapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan Kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang kenaan fi.

Google ads
Back to top button