Artikel PilihanBuletin

HOT WHEELS HASILKAN SUBARU IMPREZA 22B!

Dalam laman instagram Hotwheel beberapa hari lepas mereka memuatnaik foto diecast terbaru, Subaru Impreza 22B STi & ia nampak kemas dan cantik.

Kereta skala 1:64 ini dibuat dengan teliti, terutamanya pada “muka” hadapan, grill dan lampu utama, lampu kabus, skup udara pada hud depan. Ia juga didatangkan dengan warna ikonik biru Subaru bersama roda berwarna emas.

Foto pertama didedahkan oleh Instagram Hot Wheels Dream Team , ia rekaan terperinci yang menakjubkan dari hadapan terus ke belakang, dengan spoiler yang hampir tepat.

Sebenarnya agak sukar untuk menyerlahkan lengkung halus seperti fender tepi dan skirt yang melebar, tetapi para pereka di Mattel telah berjaya menghasilkan ciri agresif yang luar biasa.

Butir-butir kecil seperti logo STI merah jambu di gril dan lampu belakang berwarna-warni benar-benar melengkapkan model ini. Model ini akan menjadi kereta pertama yang muncul dalam model keluaran 2020, dan pasti menjadi popular.

https://www.instagram.com/p/BxJWEj5DfJG/?utm_source=ig_web_copy_link

KREDIT: JNC

GALERI

Google ads
Back to top button