Buletin

SISTEM INFOHIBUR KENDERAAN ATLAS. ARAHAN SUARA, NAVIGASI, PEMBAYARAN DALAM TALIAN

ACO Tech baru-baru ini memperkenalkan satu sistem infohibur kenderaan ATLAS (ACO Tech Local Automotive Services) generasi seterusnya ke pasaran tempatan.  ATLAS disokong oleh aplikasi mudah alih percuma ATLAS Auto dengan ciri yang mengutamakan aspek mobiliti, kemudahan serta kawalan.

Ciri-ciri ATLAS termasuklah:

BERHIBUR DENGAN PELBAGAI PILIHAN KANDUNGAN

ATLAS disepadukan dengan JOOX – platform muzik dan hiburan popular di Asia yang menawarkan pelbagai jenis kandungan muzik.

Didorong oleh permintaan yang tinggi, sistem infohibur itu juga dilengkapi dengan aplikasi hiburan dan gaya hidup SYOK daripada pelbagai jenama Astro Radio dan podcast yang merangkumi pelbagai topik dalam berapa bahasa.

ARAHAN SUARA TERBAIK DENGAN AI

Ia diibina dengan pembantu suara yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keupayaan mengenal pasti sebutan bahasa Inggeris rakyat Malaysia dalam nada dan kelajuan berbeza. Jadi, ATLAS mampu menyempurnakan pelbagai arahan suara dengan efektif. 

Ini membolehkan pemandu kekal fokus, pada masa sama dapat mengawal navigasi, hiburan, komunikasi dan fungsi- fungsi dalam kenderaan. Notifikasi pintar akan memberi amaran kepada pemandu jika berlaku cuaca yang melampau atau mengesan tayar kenderaan pancit. Pembantu suara ATLAS boleh diubah suai mengikut kehendak pemilik.

PENUNJUK JALAN YANG BOLEH DIPERCAYAI, ATLAS MAP

ACO Tech telah meningkatkan usahanya untuk membangunkan ATLAS Map – satu sistem navigasi yang menyokong maklumat trafik pada masa sebenar dan ciri-ciri berkaitan keselamatan. Ini termasuklah:

  • Sistem canggih ini tidak hanya dapat menentukan corak trafik yang berpotensi untuk membantu pemandu merancang perjalanan mereka, malah dapat menunjukkan ramalan dan keadaan cuaca di setiap titik perjalanan dan destinasi.
  • Pemandu masih boleh menerima navigasi di kawasan yang kekurangan sambungan interne dan GPS kerana ia disokong oleh data peta secara luar talian.
  • Menghantar lokasi terkini atau Points of Interest (POI) yang dipilih secara langsung dari telefon pintar ke kenderaan anda.
  • Sistem ini secara pintar akan mengingatkan anda untuk mengisi minyak apabila bahan apikenderaan semakin sedikit. Selepas bersetuju, ia akan menunjukkan arah ke stesen petro terdekat.

BAYAR DENGAN KERETA ANDA

ATLAS akan menampilkan ciri ATLAS Pay, satu sistem pembayaran automotif bersepadu yang dikuasakan oleh rakan fintech, Fass Payment Solutions (Fasspay). ATLAS Pay merupakan pembayaran dalan talian di dalam kenderaan pertama di Malaysia. 

Ia menyatukan teknologi di dalam kenderaan dengan ATLAS sekali gus membolehkan pemandu membuat pembayaran untuk urus niaga tanpa perlu keluar dari kenderaan. Dalam waktu terdekat, ATLAS Pay akan menjadi teras pembayaran yang memperkenalkan ekosistem aplikasi kenderaan “mobiliti-sebagai-satu-perkhidmatan”. 

ATLAS Pay boleh didapati di dalam aplikasi mudah alih ATLAS Auto dan akan disepadukan dengan sistem infohibur kenderaan pada separuh pertama 2022.

KAWALAN DARI HUJUNG JARI ANDA

Direka sebagai satu sistem yang lengkap, ATLAS didatangkan bersama satu aplikasi mudah alih – ATLAS Auto yang menghubungkan pemandu dengan kenderaan. Selain bertindak sebagai antara muka universal kepada kenderaan, ATLAS Auto menawarkan beberapa ciri nilai tambah seperti ATLAS Mall, ATLAS Discover dan ATLAS Vehicle. 

Ciri-ciri tersebut turut menawarkan kerjasama dengan rakan-rakan jenama dan komuniti:

  • ATLAS Mall: Satu ruang jual beli yang membolehkan pengguna untuk membuat pembelian dan tempahan dengan mudah ketika berada di dalam kenderaan.
  • ATLAS Discover: Memanfaatkan kelebihan kandungan yang dijana oleh komuniti, ATLAS Discover ialah ruang untuk komuniti pemandu berhubung dengan berita dan maklumat berkaitan automotif.
  • ATLAS Vehicle: Kawal fungsi kenderaan anda dari jauh dan dapatkan status kenderaan secara langsung

Aplikasi ATLAS Auto boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery pada Q4 2021.

Google ads
Back to top button