Buletin

MICHELIN LTX TRAIL. TAYAR UNTUK TRAK PIKAP DAN SUV. TAHAN LAMA, LEBIH SENYAP, 9 PILIHAN SAIZ

MICHELIN baru-baru ini melancarkan tayar yang dirumus khas untuk trak pikap dan SUV, MICHELIN LTX Trail ke pasaran Malaysia 

Tayar itu menawarkan keselamatan, jangka hayat lebih panjang dan prestasi membrek di atas permukaan basah yang cemerlang. Ia juga lebih senyap untuk pemanduan yang selesa. 

“Michelin LTX Trail sangat sesuai untuk jentera seperti Toyota Hilux, Toyota Fortuner, Nissan Navara dan sebagainya. Memandangkan tayar ini dirumus untuk pelbagai kegunaan, kadar pemanduan yang disarankan adalah 80 peratus di atas jalan raya dan 20% di laluan off-road,” kata Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura dan Brunei, Oliver Biggart. 

MICHELIN LTX Trail menampilkan 3 kelebihan utama:

  • Menawarkan jarak perjalanan 41 peratus  lebih tinggi disebabkan penggunaan RallyForce2 Tread Compound yang lebih tahan lasak  untuk pemanduan di atas jalan biasa dan off-road. Ia turut menampilkan reka bentuk bunga tayar baharu dengan Biting Shoulder yang melapisi bahagian bunga hingga ke dinding sisi. Rekaan tersebut bertujuan untuk melindungi dinding sisi tayar daripada kerosakan, selain meningkatkan prestasi dan cengkaman.
  • Keselamatan jangka panjang. Walaupun sudah haus, ciri Variable Thickness Sipes menawarkan contact patch yang dinaik taraf untuk prestasi pengendalian, cengkaman dan brek yang lebih baik. Berbanding pesaingnya yang lain, MICHELIN LTX Trail mampu berhenti dalam jarak 3.1 meter lebih pendek dalam keadaan baharu dan 4.6 meter lebih pendek setelah mengalami kehausan di atas jalan basah. Di atas jalan yang kering pula, tayar baharu ini mampu berhenti dalam jarak 3.8 meter lebih pendek.
  • 19.8 peratus lebih senyap, dibantu oleh ciri Duo-Harmony Blocks yang terdiri daripada dua bentuk blok yang berbeza pada bahagian tengah bunga tayar. Ia berfungsi menyebarkan tenaga bunyi corak bunga merentasi spektrum yang lebih luas. 

MICHELIN LTX Trail hadir dalam 9 saiz untuk rim 15 hingga 18 inci. Ia boleh didapati di pengedar sah MICHELIN di seluruh negara. 

Google ads
Back to top button