Buletin

SISTEM TOL TANPA PALANG BAKAL DILAKSANA 2025 – KKR

Kementerian Kerja Raya (KKR) dilapor bakal memperkenalkan sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) menjelang tahun 2025 dalam usaha mengurangkan kesesakan. 

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu cadangan itu telah mendapat psersetujuan Jemaah Menteri. 

Dengan pelaksanaan MLFF, kenderaan tidak lagi perlu berhenti untuk membayar tol dan tiada palang tol. 

“Rundingan bersama semua syarikat konsesi tol mengenai bagaimana ia akan dilaksanakan supaya dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya. 

“Kemudian, bagaimana kita integrasikan daripada sistem MLFF… kita akan wujudkan pusat arahan yang diuruskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang perlu diintegrasikan dengan semua majlis perbandaran atau bandaraya,” katanya. 

MLFF merupakan antara insiatif di bawah Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2019-2023 KKR. Ia dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan memacu pembangunan aplikasi ITS di Malaysia. 

KKR juga telah memulakan proses membangunkan penimbang berat kenderaan bagi mengesan lori lebih muatan yang boleh menjadi punca kesesakan dan kerosakan jalan raya. 

Ia bagi mengesan had muatan secara automatik dan tindakan undang-undang akan terus dikenakan kepada syarikat lori terbabit. – Bernama 

Google ads
Back to top button