
SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG
Škoda Motorsport telah memperkenalkan model konsep baharu kereta lumba elektrik sepenuhnya Enyaq RS Race. Škoda Motorsport yang sememangnya mempunya DNA perlumbaan yang bukan calang – calang membangunkan model sebagai usaha menyokong pembangunan teknologi inovatif dan bahan mampan, berfungsi sebagai projek perintis untuk model pengeluaran masa hadapan.
Model konsep yang dibangunkan daripada model jalanan Škoda Enyaq Coupé vRS jelas sekali berubah rupa dan bertambah garang apabila dijelmakan sebagai sebuah jentera lumba. Visual luaran yang kelihatan lebih rendah dan lebih lebar menggabungkan bahagian biokomposit yang inovatif dan mampan yang memberikan ketegaran dan kelebihan berat yang sama seperti gentian karbon, menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan sebanyak 316 kg berbanding model asalnya.

Menurut Johannes Neft, selaku Škoda Auto Board Member untuk Technical Development, model konsep ini telah dibina sepenuhnya secara dalaman oleh Skoda Motorsport sendiri dengan menampilkan rekaan tersendiri serta mempunyai aerodinamik yang dipertingkatkan.
Menarik tentang model konsep ini, Jurutera Skoda Motorsport telah membangunkan kereta lumba konsep elektrik sepenuhnya ini berpadanan dengan pengendalian dan ruang dalaman milik jentera lumba Skoda Fabia RS Rally2 yang telah terbukti berjaya selama ini dalam dunia rali.

Pembangunan Skoda Enyaq RS Race ini telah pun bermula semenjak dari 2023 lagi masih lagi mengekalkan trenkuasa daripada model asal tetapi kini telah diberikan penampilkan yang lebih rendah, 70 mm, serta 72 mm lebih lebar di bahagian hadapan dan 116 mm lebih lebar di bahagian belakang untuk menjelma sebagai sebuah jentera lumba.
Paling penting, kini ianya lebih ringan daripada model produksi massa terima kepada bahan biokomposit yang turut digunakan untuk pada badan dan ruang dalaman untuk mengurangkan berat kenderaan.
Beberapa perubahan turut diberikan meliputi rekaan semula bampar, dan juga sistem suspensi perlumbaan yang boleh diubahsuai. Sistem brek berprestasi tinggi kini turut digunakan. Tempat duduk perlumbaan juga telah dipasang berserta dengan roll cage untuk menjamin keselamatan pemandu. Penting juga sebuah wing yang besar di bahagian belakang untuk menjadi sebuah jentera lumba bagi model ini.

Lampu hadapan yang gelap menampilkan logo Škoda Motorsport yang tersendiri, dengan perumah lampu diubah suai untuk menampung roda yang lebih besar. Lampu belakang juga telah digelapkan. Gril model produksi, Škoda, Crystal Face telah digantikan dengan jalur LED memanjang tunggal yang menyambungkan dua lampu hadapan.

Dua motor elektrik dengan output gabungan 250 kW serta pek bateri 82 kWj masih lagi dikekalkan sama seperti yang digunakan pada model jalanan. Tetapi hasil daripada berat yang dikurangkan, model konsep ini berupaya memecut angka kosong ke seratus hanya dalam tempoh kurang daripada lima saat.
Memandangkan ianya adalah model elektrik, mana datangnya bunyi ekzos pula kan. Maka sebab itu ianya kini menampilkan sistem bunyi premium Havas yang menggabungkan penguat bunyi digital untuk menghasilkan ciri-ciri bunyi sebuah jentera lumba yang mengujakan.
BACA : SKODA ENYAQ SPORTLINE iV – INI BARULAH SUV KENDERAAN ELEKTRIK YANG BERGAYA
BACA : SKODA ROADIAQ – SATU LAGI HASIL KARYA PARA PELAJAR SKODA VOCATIONAL SCHOOL YANG POWER



