Buletin

SKODA FELICIA – ULANG TAHUN KE 30 KELAHIRANNYA DAN ALKISAH SKODA BERSAMA VOLKSWAGEN

Model Skoda Felicia ini barangkali merupakan antara model penting buat Skoda Auto suatu ketika dahulu. Škoda Felici ini sebenarnya telah diperkenalkan pada Oktober 1994 sebagai pengganti hatchback lima pintu moden kepada model Skoda Favorit.

Enam bulan kemudian, varian wagon / estate yang cukup praktikal pula diperkenalkan. Ia merupakan kereta pertama yang dibangunkan dengan kerjasama Kumpulan Volkswagen selepas bergabung dengan Škoda pada tahun 1991. Antara 1994 dan 2001, lebih daripada 1.4 juta model Felicia telah dihasilkan.

Skoda Felicia ini telah pun diperkenalkan secara rasmi pada 26 Oktober 1994 yang berlangsung di Jambatan Charles yang cukup ikonik di Prague. Produksi massa model hatchback ini telah pun dimulakan terlebih dahulu di kilang Vrchlabí pada September dan juga kilang di Mladá Boleslav sebulan kemudian.

Sebagai model yang pertama kali dibangunkan dengan kerjasama Volkswagen setelah Skoda Auto berada dalam naungan, Skoda Felicia ini mendapat kelebihan daripada teknologi dan juga komponen milik Kumpulan Volkswagen. Ciri keselamatan dan keselesaan yang moden jelas menjadi kejayaan kepada Skoda Felicia ini.

Rangkaian varian Skoda Felicia yang menyeluruh ini hasil daripada era pemodenan selepas berakhirnya era Skoda Favorit. Dengan rekaan hatchback baharu lima pintu, ianya 0 mm lebih panjang dan 15 mm lebih lebar daripada Favorit, yang turut meningkatkan kapasiti but sebanyak 21 liter kepada jumlah keseluruhan 272 liter.

Trenkuasa asasnya dikuasakan oleh enjin 1,289 cc petrol empat silinder dengan pilihan dua kuasa optimum (antara 54 HP dan 67 HP). Kemudiannya barulah enjin enjin 1.6 MPI (74 HP) yang lebih berkuasa dan enjin diesel 1.9 D (63 HP).

Hasil daripada kerjasama Kumpulan Volkswagen, maka ciri moden turut diaplikasikan termasuklah ABS, empat beg udara, stereng kuasa, dan juga tempat duduk yang dibalut upholsteri lengkap dengan fungsi pemanasan.

Untuk rekod, Škoda Felicia pernah dinobatkan sebagai Kereta Terbaik di Republik Czech pada tahun 1994.

Pelbagai varian Skoda Felicia juga turut diperkenalkan termasuklah Estate yang mampu menawarkan lebih ruang kargo di belakang, serta varian Pickup dan juga Vanplus. Dan paling menarik, varian istimewa, Felicia Fun turut dihasilkan berdasarkan varian Pickup.

Selain daripada kegunaan jalanan, Skoda Felicia ini juga turut pernah beraksi dalam pentas utama rali sekitar tahun 1995 – 1997.

BACA : SKODA FELICIA FUN – KENDERAAN YANG CUKUP UNTUK BERSERONOK DAN BERONOK RONOK

BACA : ŠKODA HASILKAN 15 JUTA KENDERAAN SEJAK BEKERJASAMA DENGAN VW

Google ads

B K

Back to top button