Artikel Pilihan

SKODA FELICIA FUN - KENDERAAN YANG CUKUP UNTUK BERSERONOK DAN BERONOK RONOK

Mungkin ini adalah kenderaan yang cukup unik pernah dihasilkan untuk pasaran massa oleh sebuah pengeluar dan bukannya hasil kerja tangan daripada pihak ketiga. Ini adalah Skoda Felicia Fun, dan ianya adalah sebuah kenderaan gaya hidup yang dikeluarkan secara rasmi oleh pengeluar dari Republik Czech Skoda Auto.

Model asalnya, Skoda Felicia adalah merupakan kereta keluarga kompak yang dihasilkan daripada pelantar milik Skoda tetapi telah mendapat input daripada Kumpulan Volkswagen sementelah Skoda Auto berada dalam naungan pengeluar dari Jerman tersebut. Walaupun ini adalah model keluaran tahun 1994 (produksi model ini tamat pada tahun 2001), namun sebetulnya plat nama Felicia ini pernah digunakan oleh Skoda sekitar era 60an.

Dan susulan daripada itu, varian yang lebih menarik berbanding Felicia standard telah diperkenalkan dengan rupa hadapan Felicia Fun ini telah direka semula untuk kelihatan lebih menarik dan segar. Skoda Felicia Fun ini telah dipasang di kilang Skoda yang terletak di Vrchlabí, Republik Czech.

Niat asal Skoda pada ketika mungkin tidak mengharapkan sambutan yang menggalakan daripada pembeli akan model yang unik ini. Namun sejumlah 4,016 unit Skoda Felicia Fun ini telah dikeluarkan dari kilang Vrchlabí diantara Oktober 1995 sehingga Ogos 2000.

Bertambah menarik perhatian apabila kesemuanya telah dicatkan dengan warna Yellow Fun bagi membolehkan ianya dikenali dari jauh. Mungkin secara zahir, ianya kelihatan seumpama sebuah model trak pikal kecil / ute satu pintu untuk kegunaan pelbagai fungsi.

Namun sebenarnya Skoda Felicia Fun ini mampu membawa sehingga empat penumpang dewasa tanpa masalah. Dinding di bahagian kabin belakang sebenarnya boleh ditarik ke belakang untuk mengeluarkan kerusi di dek belakang. Hasilnya, penumpang di belakang boleh menikmati udara segar sambil membawa barangan keperluan pada dek belakang yang mempunyai ruangan yang masih cukup luas walaupun ruangan tersebut telah berkurang daripada 1,370 mm kepada 850 mm.

Berbanding model standard Felicia, varian untuk berseronok ini telah ditinggikan sedikit sehingga 60 mm serta mempunyai rel bumbung. Trenkuasa menggerakkannya pula adalah enjin 1.6 liter MPI dengan kuasa maksimum sekitar 73 kuasa kuda.

Selain daripada itu, pilihan enjin 1.3 liter petrol dan juga enjin 1.9 liter diesel turut ditawarkan kepada pembeli kemudiannya.

Ketika diperkenalkan, ianya dijual cuma pada harga $14,000 atau pun $28,000 (mengikut nilai semasa). Secara keseluruhan, sejumlah 1.4 juta ini Skoda Felicia telah dihasilkan dan tamat produksinya pada tahun 2001, setahun setelah model Skoda Fabia ini dihasilkan.

BACA : ŠKODA TREKKA – MUNGKINKAH INI SUV PERTAMA ŠKODA?

BACA : SKODA SCALA – HATCHBACK BANDAR YANG LAWA NI OI!

Google ads

B K

Back to top button