
STOR SIMPANAN RAMPASAN IPD SENTUL TERBAKAR, 50 KERETA HANGUS
Kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan berhampiran stor simpanan rampasan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini petang semalam mengakibatkan tiga lelaki cedera ringan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.22 petang.
“Susulan itu, pasukan operasi dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera, tiga water tanker dan dua Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 60 anggota.
“Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti sebanyak 30 peratus struktur bangunan. Selain 80 peratus kawasan terbuka yang melibatkan 50 buah kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 7.04 lewat petang tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Mengulas lanjut, tiga mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan, pelupusan barang kes mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan mahkamah iaitu melupus barang kes dengan menggelek menggunakan jentolak sebelum disiram dengan air dan ditanam.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mercun pelbagai jenis dilupuskan di Stor Barang Kes IPD Sentul di lokasi berkenaan hari ini. – KOSMO! ONLINE
- BACA: HUMMER TERBAKAR ANGKUT 4 TONG PETROL
- BACA: KEPULAN ASAP TEBAL DIRAKAM SATELIT. TAPAK PELUPUSAN TAYAR TERBESAR DI DUNIA TERBAKAR
- BACA: KAPAL TERBAKAR BAWA KERETA KUMPULAN VW AKHIRNYA KARAM DI LAUTAN ATLANTIK
- BACA: PERODUA KANCIL TERBAKAR DI STESEN MINYAK PETRONAS DISYAKI ADA KAITAN DENGAN AKTIVITI PENYELUDUPAN