Artikel Pilihan

STOUT SCARAB – MUNGKINKAH INI MPV PERTAMA DI DUNIA?

Pelik. Memang pelik. Sekali imbas dah rupa kenderaan makhluk asing. Predator. Brader Karrager syak pasti ramai yang tidak pernah mengenali kenderaan sebegini. Marilah Brader Karrager memperkenalkan, Stout Scarab. Sebuah minivan daripada Stout Motor yang berasal dari Amerika Syarikat.

Stout Scarab ini merupakan hasil daripada William Bushnell Stout, seorang Jurutera yang berasal daripada Illinois. Dahulu kala, istilah MPV ini masih belum lagi ditemui dalam Kamus Dewan DBP cawangan Amerika, maka Stout Scarab ini hanya diistilahkan sebagai Minivan sahaja. Minivan dengan iras yang pelik ini mula ditemukan pada awal tahun 1930.

Sebetulnya, William Bushnell Stout ini juga merupakan seseorang yang mahir dengan bidang aeroangkasa. Cuba perhatikan cermin berkembar pada Scarab ini. Macam pernah lihat bukan? Benar, irasnya seperti muka sebuah kapal terbang. Entah apalah idea yang ada pada fikiran beliau ketika mereka bentuk model Scarab ini.

Jelas kelihatan jarak roda yang panjang memberikan kelebihan ruang dalaman model Scarab ini untuk menampung jumlah penumpang melebihi kapasiti tipikal kenderaan yang wujud di kala itu. Pintu masuk hanya terdapat pada sebelah tempat duduk pemandu di kiri hadapan serta sebuah lagi pintu utama yang terletak di sisi tengah belah kanan. Senang untuk urusan keluar masuk penumpang. Menariknya bahagian tempat duduk penumpangnya cukup fleksibel. Boleh dilaras mengikut kehendak hati. Malah, sebuah meja kecil turut tersedia. Bolehlah nak minum kopi ke apa.

Bagi menggerakkan minivan yang bersaiz Midvalley ini, sudah tentu enjin yang berkuasa seperti V8 daripada Ford yang menjadi pilihan, Zaman itu, enjin V8 yang dipasang pada bahagian atas gandar belakang Scarab ini berupaya menghasilkan kuasa 95bhp. Dipadankan pula dengan kotak gear manual tiga kelajuan.

Di era produksi Scarab ini, harga yang dijual adalah sekitar USD $5,000. (Nilainya bersamaan dengan USD $90,000 zaman sekarang). Akan tetapi, model ini tidaklah dijual secara produksi massa. Ada duit, baru tempah. Menurut cerita, hanya 9 unit sahaja yang telah disiapkan. Dan yang masih wujud pun berada di dalam muzium sahaja. Antaranya Stout Scarab ini boleh dijumpai di Detroit Historical Museum’.

BACA : FIAT MULTIPLA DAN SEJARAHNYA

BACA : MAHINDRA MARAZZO – MPV TERBAHARU UNTUK RAKYAT INDIA

Google ads

B K

Back to top button