Artikel Pilihan

FIAT MULTIPLA DAN SEJARAHNYA

Secara jujurnya, apabila menyebut nama Fiat yang satu ini, perasaan jelik memang tidak dapat dipisahkan. Rupa hadapan yang terlalu pelik, maka tidak hairanlah apabila rancangan terkemuka Top Gear turut menyenaraikannya sebagai kereta terhodoh.

BACA : FIAT 500 STAR WARS

BACA : FIAT SUPERMIRAFIORI 131 – BILA OLSKOOL JEPUN HILANG DARI RADAR

Tetapi tahukah pembaca semua bahawa lama dahulu sebelum Masihi Multipla ini telahpun wujud sebenarnya. Apa, tidak tahu? Jadi, teruskanlah membaca. Brader Karrager memang cukup gemar untuk berkongsi dengan pembaca semua tentang bab sejarah dan salasilah sesuatu kenderaan ini.

Fiat 600 Multipla adalah nama asal sebenar yang didaftarkan dalam Kad Pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan Caw. Itali sekitar tahun 1956. Dengan menggunakan casis yang berasaskan rekaan Fiat 600, Multipla ori ini asalnya merupakan sebuah Kenderaan Pelbagai Fungsi (MPV) dengan keupayaan untuk mengisi sehingga enam orang penumpang dengan menggunakan konfigurasi 2+2+2 tempat duduk.

Jikalau ditakdirkan pada zamam tersebut turut mempunyai siri Top Gear, gelaran kereta terhodoh pasti akan turut disandang oleh Fiat 600 Multipla ini. Ternyata, kehodohan Multipla era moden diwarisi sejak dari dahulu lagi. Kehodohan sememangnya boleh diwarisi. Iman sahaja yang tidak boleh diwarisi. Eceh!

Sungguhpun mempunyai ruang dimensi yang kelihatan kecil, (saiznya hanya besar sedikit sahaja Mini Cooper) untuk memuatkan empat orang dewasa, berserta dengan dua orang kanak-kanak memang memadai. Nak mengisi ruangan beg balik kampung ke pedalaman Itali pun tidak perlu langsung menggunakan beg plastik ikan (beg plastik merah tu) untuk mengisi baju. Jauh beza jugalah dengan Alza. Itu belum lagi bentang tempat duduk barisan ketiga. Mau peti ais pun celuih bubuh dalam, kata Pak Amid.

Menggunakan enjin bersesaran 633cc, dipadankan pula dengan kotak gear manual, sekadar mempunyai kuasa 22hp dirasakan sudah memadai memikul tugas sebagai people mover dikala itu. Malah, ianya turut dijelmakan sebagai Teksi pada zaman tersebut dengan tempat meletak bagasi diletakkan pada sebelah pemandu. Harga yang dijual pada ketika itu adalah sekitar Β£9,600 (RM53,609.28). Kiranya zaman itu, saing-saing Alza jugalah orang kata.

Pengeluarannya terhenti setakat 1969 sahaja dengan sebanyak 2.7juta unit produksi telah dikeluarkan. Dan hanya pada 1998, Fiat memutuskan untuk menghidupkan kembali jenama Multipla, dengan rekaan yang lebih baharu. Disebalik rekaannya yang bisa membuatkan sesiapapun mengucap panjang, ruang dalamanya adalah sesuatu yang cukup praktikal. Mampu memuatkan enam orang dewasa tanpa masalah berserta dengan ruangan bagasi yang masih cukup luas.

Kereta sebegini sebetulnya mak mertua pasti suka. Boleh tumpang buat jalan raya. Tapi itulah, Ketua Kampung pula mengata nanti. Dan disebabkan itu, Multipla ini hanya sempat mengalami facelift sekali sahaja dan produksinya tamat pada 2010. Dah tak sanggup nak hadap caci nista barangkali perekanya.

Sumber : hagertyinsurance.co.uk

Google ads

B K

Back to top button