Artikel Pilihan

MARC ZUCKERBERG REKA SENDIRI MINIVAN PORSCHE CAYENNE – BAIK KAU REKA PERISIAN JE LAH

Inilah kelebihan orang banyak duit. Benda tak wujud boleh diwujudkan ikut selera sendiri tapi itulah, duit tak dapat membeli citarasa yang baik. Mungkin ada yang rasa minivan rekaan budak Marc di bagus tapi kami rasa ia kelihatan tidak semengah. Ia merupakan sebuah Porsche Cayenne Turbo GT yang dipanjangkan sebab isteri Marc mahukan sebuah minivan.

Bini budak Marc, Pricilla Chan mahukan sebuah minivan dan disebabkan Porsche tidak mengeluarkannya, pengasas bersama FB ini terus membuat lakaran minivan dari Porsche Cayenne yang lengkap dengan pintu gelongsor di belakang. Nampak canggih ke? Tak adalah. Toyota Century dah ada pun ciri ni.

Marc kemudian bergabung dengan West Coast Custom untuk merealisasikan idea ini. Beliau turut menempah sebuah lagi Porsche 911 GT3 Touring untuk dipadankan dengan minivan ini. Model yang ditempah merupakan versi manual dengan tiga pedal kawalan. Kira terer jugak la memandu kereta manual untuk seorang nerda macam Marc ni.

Apa pun bagi kami idea ini macam mengarut jugalah sebab ia dihasilkan oleh syarikat luar dan bukannya model-model tempahan khas yang dimiliki oleh Sultan Brunei.

Sedikit nasihat daripada laki sejati macam abang Japar. Jangan diikuti sangat kemahuan bini tu lebih-lebih lagi kalau bab kereta. Ada ke potong sambung kemudian kimpal sebab nak minivan Porsche. Nasib baik bukan kat Malaysia, kalau tak jangan harap la nak lepas kat jalan raya.

Orang macam Marc ni pun satu lagi sebab kenapa abang dah tak minat nak beli Porsche. Mengarut betul idea. Lepas ni apa pulak? Nak pasang ekzos perang kat Carrera macam budak-budak MLM?

Google ads
Back to top button