Buletin

MAHINDRA MARAZZO – MPV TERBAHARU UNTUK RAKYAT INDIA

Di negara India, jenama Suzuki sudah boleh dianggap sebagai warga negara setelah diberikan taraf natrulisasi melalui penggabungan Maruti Suzuki yang mana pakatan ini menguasai sehingga 53% pasaran kenderaan penumpang di India. Salah satu penyumbangnya adalah kejayaan model MPV, Ertiga. Memandangkan India sendiri mempunyai jenama kebanggsaan, Mahindra, sudah sampai masanya untuk mereka turut sama berebutkan kek pasaran segmen MPV. Dan pengenalan Mahindra Marazzo adalah jawapan sebenar kepada Ertiga.

BACA : MAHINDRA DAN SUV-NYA

BACA : SUZUKI ERTIGA 2018 DIPERKENALKAN DI INDONESIA – PLATFORM & ENJIN BAHARU, MAHU CABAR MITSUBISHI EXPANDER

Mahindra baharu sahaja melancarkan model MPV yang sememangnya ditunggu-tunggu bagi memberikan sedikit persaingan terhadap segmen MPV yang boleh tahan sengit juga di India. Mahindra Marazzo nama diberi. Marazzo ini kalau ikut kitab bahasa Andalusia bermaksud Jerung. Menurut Mahindra, rekaan Marazzo ini turut berinspirasikan daripada Jerung.

Apa yang menarik tentang Mahindra Marazzo ini, buat permulaan ianya hanya menawarkan pilihan enjin diesel sahaja di India. Enjin menggunakan petrol dijangka hanya menemui bakal pembeli pada tahun 2020.

Langkah ini sudah tentu bijak dari segi penjimatan bahan bakar yang berbukti lebih jimat berbanding penggunaan tipikal enjin petrol. Penggunaan enjin diesel D15 yang bersesaran 1.5 liter ini pasti dapat menjimatkan penggunaan bahan bakar dengan lebih optimum.

Tambah menarik lagi, Mahindra Marazzo ini telah mendapat sentuhan Mahindra Design Studio dan juga Pininfarina. Dan hasil akhir ini jelas kelihatan apabila rekaannya sedikit berseni. MPV yang mempunyai kos binaan sekitar $200 juta (RM 830 juta) ini mempunyai pilihan sama ada tujuh tempat atau lapan tempat duduk mengikut varian. Sudah tentu, barisan kedua dengan kerusi kapten dilihat lebih sesuai bagi varian tertinggi.

Corong pendingin hawa untuk barisan belakang turut tersedia, tapi kali ini dengan rekaan yang melintang memanjang di tengah bumbung, berbeza dengan kelaziman corong yang diletakkan di atas barisan kedua tempat duduk.

Bila dah labuh sebegitu banyak duit untuk membina model baharu ini, Mahindra sudah pasti mahu memasarkan produk ini ke pasaran dunia. Demi memastikan MPV ini menepati citarasa global, kejuruteraan Mahindra yang berpusat di Utara Amerika telah bekerjasama dengan Mahindra yang berpusat di Chennai. Hasilnya, keselesaan pemanduan, pengendalian yang jitu serta ruang dalaman yang luas dan mewah sememangnya A!

Sebagai pilihan MPV rakyat India, harga yang ditawarkan juga seharusnya mesra rakyat. Harganya bermula dengan RS 9.99 lakh (RM57,522) sehingga RS 13.99 lakh (RM80,036).

 

Google ads

B K

Back to top button