(VIDEO) CARA UNTUK KELUAR MINUM KOPI DENGAN BERGAYA – SIAPA KATA PEREMPUAN TAK TERER MEMANDU
Kegilaan minum kopi memang tengah melanda dunia. Lelaki perempuan sekarang sama naik gila pergi melepak kat coffee house (sebut kedai kopi kan nampak macam atuk-atuk pulak). Dapat gelas ada tulis nama je ambil gambar hantar kat kawan-kawan. Syukurlah setakat ni kami tak berapa terpengaruh lagi. Lepak kedai mamak lagi best. Okey, meleret pulak. Ini sebenarnya tentang video kat bawah macam mana seorang isteri memandu kereta untuk keluar mengopi.
Hujung tahun macam ni memang kebanyakan negara di bahagian utara dunia sedang dilanda salji. Kita macam biasa la, banjir. Jadi gaya pemanduan untuk musim dingin memang kena berhati-hati sebab jalan raya memang licin dan dilitupi ais. Kaki memang kena cekap la untuk mengawal pedal minyak dan brek. Terlebih tekan minyak tak boleh dan terlebih brek pun tak boleh.
Tapi acik dalam video ni memang terer betul. Ataupun mungkin juga bernasib baik. Aksi beliau sedang mengundur keluar dirakam oleh si suami. Bayangkan kelajuan mengundur minivan ni hanya sama laju dengan pejalan kaki tetapi dengan kecekapan kawalan stereng dan pendikit minyak beliau berjaya membuat pusingan J dengan sempurna.
Mula-mula kami ingat mungkin dia tak sengaja dan bernasib baik tapi kalau diperhatikan pada lampu brek memang acik ni melepaskan brek pada masa yang tepat sebelum menekan pedal minyak dan meluncur ke hadapan dalam keadaan lurus. Dah macam gaya pemandu rali atau stunt professional.
Rasa-rasanya ini bukan kali pertama dia buat aksi macam ni. Tapi apa-apa pun kalau ada berada di kawasan bersalji ataupun ditenggelami air banjir, berikan perhatian lebih semasa memandu. Ingat kereta korang tu bukan motobot, jangan suka-suka nak bawa anak bini main air. Kereta rosak boleh ganti lain tapi nyawa tiada ganti.
Bini abang pun boleh buat macam ni tapi lepas tu memang hilang la salah satu bumper tu. Kalau tak yang depan konfem yang belakang.