Motosikal

HONDA DASH 125 TAMPIL DENGAN WARNA BAHARU. BERMULA RM5,999

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan versi Honda Dash 125 yang kini menampilkan warna dan jalur reka bentuk baharu.

Pengenalan warna dan jalur itu akan memberi nafas baru kepada Honda Dash 125 untuk kelihatan lebih versatil. Setiap pilihan warna telah dipilih secara khusus untuk memberikan impak visual yang terbaik.

Kombinasi warna metalik yang diserlahkan oleh panel berwarna perak menjadikan rupa keseluruhan lebih ekspresif. Pilihan warna baharu itu pasti dapat menepati citarasa penunggang motosikal.

Honda Dash 125 ditawarkan dengan dua warna iatu kuning (Clipper Yellow) dan merah  (Candy Scintillate Red). Sementara warna biru dan edisi Repsol terus ditawarkan bagi varian yang dilengkapi brek cakera berkembar.

Honda Dash 125 dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah diperhalusi bagi menawarkan prestasi optimum dan mengekalkan penjimatan minyak. Ciri keselamatan yang ada  termasuklah lampu LED dengan visor.

Tags
Google ads
Back to top button