
SUBARU OUTBACK XT 2024 TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, JANA 246HP, HARGA BERMULA RM280K
Subaru Outback XT 2024 hari ini secara rasmi dilancarkan, hadir dalam dua varian Outback 2.4 XT Touring EyeSight dan Outback 2.5i-T EyeSight.
Dibina di atas platform Subaru Global Platform (SGP), model ini sedikit lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dengan panjang 4,870mm, lebar 1,875mm, tinggi 1,675mm, dan jarak roda diletakkan pada 2,745mm.
Dari segi penggayaan, ia tampil dengan gril berbentuk heksagon, lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang berbentuk C, kemasan badan hitam manakala Varian XT mendapat ekzos berkembar dan lampu kabus LED depan.

Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi skrin infotainmen 11.6-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, port pengecasan, sistem audio Harman Kardon 11-pembesar suara, tempat duduk balutan kulit Nappa, kerusi depan berkuasa (pemandu 10-hala, penumpang 8-hala), sunroof elektrik, stereng dengan pemanas serta kawalan iklim dua zon.
Selain itu, tempat duduk belakang boleh direbahkan, manakala pintu but elektrik dengan fungsi tanpa sentuhan dan sistem pemantauan pemandu memberikan kemudahan kepada pengguna.
Outback menawarkan jarak kelegaan tanah 213mm dan X-Mode dengan mod Snow/Dirt, Deep Snow/Mud, serta mod Normal.

Bukan itu sahaja, sistem Subaru Intelligent Drive (SI-Drive) juga disertakan dengan mod pemanduan Sport dan Intelligent selain, dilengkapi dengan EyeSight 4.0.
Beralih pada kuasa, Outback 2.4 XT dilengkapi enjin petrol turbo FA24F 2.4 liter boxer empat silinder, menghasilkan 246hp dan 350Nm tork.
Kuasa disalurkan ke semua roda melalui transmisi Lineartronic CVT dan sistem pacuan semua roda simetri (Symmetrical All-Wheel Drive) Subaru.
Untuk rekod, varian XT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat, dengan kelajuan maksimum 221 km/j.
Bagi varian varian 2.5i-T EyeSight, ia dijana oleh enjin FB25D 2.5 liter boxer empat silinder, menghamburkan 185hp dan 245Nm tork.
Beralih pada harga, Outback 2.4 XT boleh dimiliki pada harga bermula RM310,390 atas jalan tanpa insurans, manakala Outback 2.5i-T EyeSight diberi tanda harga bermula RM280,390.
GALERI:















- BACA: AS CUAK INOVASI TEKNOLOGI CHINA LEBIH MAJU – LAWAN ATAU TERUS KETINGGALAN?
- BACA: KERETA API LAJU SHINKANSEN BERHENTI KECEMASAN, KOC TERCABUT
- BACA: HONDA N-BOX JOY TAMPIL DENGAN GAYA RETRO, LASAK – HARGA BERMULA RM59K
- BACA: BENTLEY STATE LIMOUSINE – KENDERAAN YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH MENDIANG RATU ELIZABETH II

