Buletin

SUZUKI DEDAH IMEJ RASMI JIMNY 2019 – MASIH BERAHSIA TENTANG SPESIFIKASI

Selepas beberapa keping gambar spyshot berlegar di internet, Suzuki akhirnya mendedahkan imej rasmi SUV kompaknya, Jimny.

Jimny serba baharu bakal dilancarkan tidak lama lagi. Masih berahsia tentang spesifikasinya, Suzuki bagaimanapun tetap menggunakan chasis jenis ladder frame dengan reka bentuk badan berkotak-kotak.

Untuk pasaran domestik Jepun, Jimny ditawarkan dalam dua versi iatu Jimny yag lebih kecil dan Jimny Sierra.

BACA: SPYSHOT – MODEL TERBAHARU SUZUKI JIMNY 2019

Bersaing dalam pasaran kei-car yang cukup sengit di Jepun, Jimny dikatakan dijana oleh enjin bersesaran 660cc. Manakala Jimny Sierra yang akan dijual dipasaran luar dilapor menggunakan enjin empat silinder 1.5cc.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik. Suzuki memberitahu bahawa Jimny akan menggunakan sistem pacuan empat roda separuh masa dan pilihan untuk low-range.

Sudah memasuki generasi keempat, ruang kabin Jimny dilengkapi sistem infotaimen bersaiz tujuh inci, butang kawalan pada stereng, kawalan jelajah dan sistem brek kecemasan autonomi.  

SUV yang mendapat perhatian ramai ini didatangkan dalam tiga warna dua tona dan lima warna lain.

Di Malaysia, kali terakhir Jimny (generasi ketiga) dilancarkan pada November 2013. Jualannya bagaimanapun langsung tidak memberangsangkan kerana model yang dibawa secara CBU itu dijual pada harga RM81,488 untuk versi manual dan RM86,488 (automatik) dilihat terlalu mahal.

Google ads
Back to top button