Buletin

JOHN CENA DAN FORD SETUJU KES DISELESAI DI LUAR MAHKAMAH

Masih ingat dengan kisah Ford yang memfailkan saman kepada ahli gusti John Cena tahun lepas? Ya. Kereta Ford GT yang sepatutnya tidak boleh dijual dalam tempoh dua tahun – Cena telah memungkiri kontrak dan Ford ternyata berang.

Umum mengetahui bahawa kereta-kereta edisi terhad kini menjadi barang dagangan di seluruh dunia. Namakan sahaja, dari Ferrari hingga ke Lexus LFA, setiap model ini pada dasarnya berebut dibeli kerana pembeli tahu bahawa ia diidamkan ramai dan mereka boleh membuat untung berkaliganda.

Kerana itu juga syarikat seperti Ferrari sudah lama menapis pembeli yang layak. 

Ford pun mengikut jejak langkah tersebut dengan menyediakan perjanjian kepada pembeli Ford GT (yang juga telah ditapis terlebih dahulu). Tapi dalam kes tahun lalu, selebriti John Cena telah menjual kereta tersebut lebih awal.

BACA: PAGANI TRICOLORE INI MAHAL DARI YANG BARU!

Salinan writ saman telah tersebar di internet menerangkan yang Cena, 40 tahun sepatutnya mengekalkan pemilikan beliau terhadap Ford GT tersebut selama 2 tahun sebelum boleh menjualnya.

Tapi malangnya beliau telah melanggar kontrak dengan menjual supercar yang dihasilkan di Michigan itu sejurus selepas menerima kereta terbabit dan mengambil keuntungan hasil jualan tersebut

Cena didapati telah membuat keuntungan hasil transaksi tersebut yang melanggar kontrak asal dengan Ford. Ford juga mendakwa yang ia menjejaskan nama baik jenama mereka dan persetujuan asal disebabkan penjualan yang tidak berhemah itu.

Namun berita terbaru mendedahkan pasukan peguam Cena telah berjaya membuat penyelesaian luar mahkamah. Dikatakan bahawa Cena telah bersetuju membayar sejumlah wang kepada Ford agar kes tersebut tidak dipanjangkan.

Tidak dinyatakan berapakah jumlah bayaran tersebut namun Ford juga didakwa sudah menyerahkan sepenuhnya wang tersebut kepada badan kebajikan.

Google ads
Back to top button