MotosikalSpyshot

SUZUKI DR.BIG AKAN KEMBALI?

Suzuki merupakan salah satu syarikat Jepun yang masih setia mengekalkan tradisi asalnya. Ketika dunia jentera dua roda masih berada pada fasa “belajar”, Suzuki telah berada di depan.

Generasi hari ini mungkin tidak mengenali Katana asli, begitu juga Dr BIg, sebuah adventure yang menjadi contoh mesin hebat 90-an – lama sebelum BMW membuat GS1200 mereka.

Setelah mengembalikan nostalgia Katana menerusi model kelahiran semula, Suzuki dikatakan bakal menghasilkan semula motosikal adventure mereka Dr Big. Unit motosikal ini ditemui sedang menjalani ujian di Itali.

Masih terlalu awal untuk menjustifikasikan ianya adalah Dr Bog. Namun dalam segmen ini, Suzuki sudah ada V-Strom dan tidak mustahil, mereka akan melahirkan semula Dr Big sebagaimana Katana yang dijelmakan semula menerusi GSX-1000.

Tahun ini, Suzuki akan menghasilkan sekurang-kurangnya empat model baru iaitu Hayabusa yang dikatakan akan menjadi 1,600 cc, Recursion 700 dengan turbo, GSX300RR (dan juga versi 250 cc ), dan juga termasuk Suzuki DR Big.

Sewaktu eranya, Dr Big dihormati sebagai salah satu mesin yang maju dan sofistikated bersama-sama dengan Honda Africa Twin. Dengan enjin satu selinder 800cc, model ini sering dikaitkan dengan Rali Dakar.

Dari foto yang tersebar ini, rekaannya memang mirip kepada rekabentuk motosikal adventure dengan lampu LED hadapan yang besar, suspensi USD dan juga cermin hadapan yang tinggi.

Cuma rodanya masih menggunakan rim sport berbanding rim lidi yang biasa kita lihat. Dari segi enjin, berkemungkinan besar, ia akan menggunakan konfigurasi V-Twin Suzuki sedia ada.

Google ads
Back to top button